forex-news

Kalendar Ekonomi

Perdagangan yang berjaya bukan hanya bergantung kepada kualiti analisis teknikal. Menganalisis berita politik dan ekonomi yang mempunyai impak kepada pasaran Forex juga penting. Pedagang baru sukar untuk memilih berita yang penting dalam maklumat yang banyak dari pelbagai sumber.

Baca artikel mengenai apa itu kalendar ekonomi, berita mana yang sangat penting dan memberi kesan kepada pasaran Forex.

Apa itu kalendar ekonomi, dan apa tujuannya

Ramai pedagang hanya mengikut analisis teknikal dan tidak memberi perhatian kepada kepentingan berita. Pedagang profesional tidak hanya menggunakan analisis teknikal, tetapi juga analisis fundamental.

Analisis teknikal adalah proses meramal pergerakan harga berdasarkan perilakunya pada masa lalu. Penunjuk berbeza digunakan dalam analisis teknikal. Baca lebih lanjut tentang penunjuk dalam artikel “Forex indicators – apabila matematik digunakan dalam kehidupan harian”.

Analisis fundamental adalah proses meramal pergerakan harga di Forex berdasarkan penunjuk makro- dan mikroekonomi berserta dengan latar belakang berita. Berita politik dan ekonomi yang penting memberi kesan yang ketara kepada perilaku pasangan mata wang, jadi anda seharusnya mengambil kira siaran berita apabila membuka kedudukan.

Analisis fundamental lebih mudah untuk dilaksanakan dengan kalendar ekonomi. Kalendar ekonomi adalah satu alat yang mengumpul berita yang memberi impak kepada Forex. Kalendar ini adalah satu jadual yang memaparkan peristiwa, masa sebelum ia dikeluarkan dan juga tahap impaknya terhadap pasaran.

kalendar

Mengapa begitu penting untuk memerhatikan berita? Lihat contoh di bawah:

Pada hari Rabu, 14 Disember, corak teknikal pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan perkembangan untuk trend menurun. Harga meletakkan tahap rintangan 1.26850. Histogram MACD mula menurun dan bergerak ke zon negatif. Pengayun Stokastik berada dalam zon neutral, garisan %K berada di bawah garisan %D. Pasaran memberi peluang yang baik untuk membuka kedudukan pendek. Pada masa yang sama, pada jam 11:30 (GMT+2) data optimistik pada pasaran buruh di UK telah dikeluarkan. Pedagang perlu mengambil kira peristiwa ini semasa berdagang, contohnya ia memberi impak yang ketara pada dinamik mata wang. Dalam masa beberapa jam, pembelian agresif diperhatikan dalam pasaran. Kesannya, transaksi tidak akan menguntungkan.

Sebelum berita disiarkan:

Sebelum berita disiarkan

Selepas berita disiarkan:

Selepas berita disiarkan

Perkembangan ekonomi dan politik meningkatkan ketaktentuan pasaran, harga boleh naik dan turun dengan ketara. Oleh sebab itu, kita tidak boleh mengendahkan berita. Lebih baik ia digunakan sebagai penunjuk semasa membuka dan menutup order. Tambah kalendar ekonomi dalam kegemaran anda dan anda akan menjadi lebih peka tentang perubahan akan datang.

Bagaimana cara untuk menggunakan kalendar?

Ia mudah untuk menggunakan kalendar ekonomi. Mari kita teliti strukturnya. Di bahagian sudut atas kanan, terdapat dua ruangan.

kalendar ekonomi

Dalam ruangan pertama, anda perlu memilih zon masa tempat anda. Biasanya ia bertukar secara automatik. Tetapi jika anda lihat ruangan ini tidak ditetapkan pada zon masa anda, pilih sendiri daripada senarai.

Dalam ruangan kedua – “More” – peristiwa ditapis mengikut kepentingan dan hubungan dengan mana-mana mata wang. Jika anda tanda “High Impact” sahaja dan memilih mata wang USD, kalendar ekonomi akan menunjukkan berita paling penting yang berkaitan dengan dolar AS.

kalendar gmt hint

calendar events currencies

Maksud lajur kalendar ekonomi:

Maksud lajur kalendar ekonomi

1 lajur – “Date” – menunjukkan tarikh dan masa berita disiarkan.
2 lajur – “Time Left” – menunjukkan masa yang tinggal sebelum berita disiarkan, perkataan “Done” bermaksud berita telah disiarkan.
3 lajur – “Event” – memberitahu tentang peristiwa akan datang yang mana memberi impak kepada pasaran Forex. Jika anda klik-kiri pada acara tersebut, keterangan terperinci akan terpapar:

memberitahu tentang peristiwa

4 lajur – “Impact” – bermaksud tahap kepentingan peristiwa untuk pasaran:

  • High – menunjukkan impak yang kuat kepada mata wang, cthnya, spike mungkin berlaku;
  • Medium – impak yang sederhana terhadap mata wang;
  • Low – impak yang lemah, perubahan yang dramatik mungkin tidak terjadi dalam pasaran;
  • None – warna kelabu biasanya bermaksud tiada berita ekonomi, tetapi cuti yang berbeza atau hujung minggu bank.

5 lajur – “Previous” – bermaksud data terakhir tentang peristiwa tersebut.
6 lajur – “Consensus” – nilai-nilai yang diramalkan. Nilai-nilai dalam lajur ini disusun berdasarkan pendapat pakar. Beri perhatian kepada nilai ini untuk mengetahui nilai yang mungkin untuk peristiwa dalam masa terdekat.
7 lajur – “Actual” – memaparkan nilai sebenar peristiwa pada masa ia disiarkan.
Mari anggap beberapa peristiwa telah berlaku.

acara kalendar

16 Disember, jam 10:00, Indeks Harga Pengguna Eurozone telah disiarkan. Indeks ini menunjukkan perubahan dalam nilai barangan dan perkhidmatan. Penyiaran Indeks Harga Pengguna mempunyai tahap pengaruh biasa dalam pasaran, ia menjejaskan pasangan mata wang termasuk euro. Nilai sebelum indeks adalah 0.2%. Seperti yang dijangka, nilai semasa adalah -0.1%.

Seperti yang anda boleh lihat, begitu mudah cara untuk menggunakan kalendar ekonomi.

Berita apa yang berbaloi untuk diperhatikan?

Ingat bahawa berita yang ditandakan dengan High boleh memberi kesan yang begitu besar kepada pergerakan harga. Ia hampir mustahil untuk menjangka ke mana harga tersebut akan pergi. Anda perlu perhatikan bagaimana pasaran bertindak balas dengan berita-berita tertentu.

Pengaruh terbesar di pasaran mempunyai berita-berita tersebut:

  1. perubahan dalam kadar faedah utama;
  2. perubahan dalam tahap pengambilan pekerja dan pengangguran;
  3. data inflasi (indeks harga pengguna);
  4. pertumbuhan ekonomi negara (data KDNK).

Mata wang “komoditi” amat dipengaruhi oleh harga minyak dan sumber semula jadi yang lain. Peningkatan ketaktentuan dalam pasaran boleh menyebabkan pelbagai campur tangan lisan.

Ingat kepentingan impak berita kepada Forex. Kami mendoakan perdagangan anda berjaya!

Anggaran artikel: 1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5.00 out of 5)
 

Langgan surat berita kami!

Dapatkan e-buku "Building Blocks for sucсeeding with Forex Trading" dan pemberitahuan tentang berita terkini sebanyak sekali, seminggu

 

Send this to friend