mount-fuji-under-cloud

Indikator Ichimoku: satu elemen analisis teknikal atau sistem perdagangan lengkap

Ramai pedagang yang mengimpikan sistem perdagangan yang sempurna, yang hanya memberi keuntungan. Tetapi sudah tentu sistem perdagangan ideal tidak wujud.
Untuk membangunkan sistem dengan sendirinya adalah sangat sukar terutama sekali untuk pedagang baru. Oleh sebab itulah para pedagang meniru strategi perdagangan orang lain, belajar dari kesilapan atau hanya bergantung kepada gerak hati. Tetapi banyak kerugian dan kesilapan boleh dielakkan. Untuk melakukannya, anda perlu memahami indikator Ichimoku.

Ciri-ciri indicator Ichimoku

Indikator Ichimoku Kinko Hyo telah dibangunkan dalam 30-an di abad ke-20. Penulisnya adalah seorang penganalisis kewangan daripada Jepun, Goichi Hosoda, juga dikenali di bawah nama Ichimoku Sanjin. Goichi Hosoda mencipta indikator untuk meramal pergerakan indeks Nikkei dalam pasaran saham Jepun.

Indeks Nikkei atau Nikkei 225 adalah indeks utama harga dalam pasaran saham Jepun. Ia dikira sebagai purata aritmetik 225 harga saham syarikat yang paling banyak diniagakan. Ia menggambarkan keadaan umum pasaran Jepun.

Ichimoku adalah salah satu indikator paling popular untuk analisis pasaran Forex. Ia boleh digunakan sebagai sistem perdagangan lengkap kerana ia menggabungkan beberapa pendekatan untuk meramal sebarang perubahan dalam pasaran Forex. Indikator Ichimoku menentukan trend, paras support dan resistance, menghantar isyarat untuk membuka kedudukan.

Komponen-komponen indikator

Indikator Ichimoku telah disepadukan dalam platform perdagangan MetaTrader 4, jadi anda tidak perlu mencarinya sendiri. Pedagang menggunakannya sebagai satu peraturan dalam carta kaki lilin pada rangka masa yang paling lama – H4-W1, ini kerana indikator ini dianggap kurang berkesan pada rangka masa yang pendek. indikator teknikal ini terdiri daripada 5 garisan yang mana akan diterangkan dengan lebih lanjut.

indicator ichimoku

Garisan pertama – Tenkan-Sen – adalah paras harga purata dalam jangka masa pendek. Garisan ini menunjukkan trend dalam pasaran dan juga menunjukkan arahnya. Semakin tinggi garisan ini, semakin jelas trend tersebut. Jika Tenkan diarahkan dari bawah ke atas, ia menunjukkan aliran menaik dalam jangka masa pendek. Jika ia dari atas ke bawah – itu adalah aliran menurun. Jika garisan itu melintang, ia bermaksud pasaran yang flat. Dalam syot layar di atas, kita dapat melihat trend aliran menurun dalam pasaran.

Garisan ke-2 – Kijun-Sen – adalah analog untuk garisan Tenkan, tetapi nilainya menjangkau tempoh masa yang lebih lama. Kita akan bincangkan mengenai tempoh kemudian nanti.

Garisan ke-3 – Chikou Span – garisan ini berasaskan harga tutup dan ia bergerak ke belakang. Ia berfungsi berdasarkan prinsip yang sama sebagai indikator Momentum. Garisan Chikou membandingkan harga semasa dengan harga beberapa bar yang lalu. Jika garisan ini berada di atas carta harga, bermaksud pembelian akan berlaku dalam pasaran. Jika di bawah – jualan.

Garisan ke-4 – Senkou Span A – adalah nilai purata garisan Tenkan dan Kijun. Garisan ini bergerak ke hadapan tempoh masa yang ditetapkan untuk garisan Kijun, cthnya, ia mendahului carta harga.

Garisan ke-5 – Senkou Span B – adalah harga purata dalam tempoh masa paling lama. Iaitu, tiga garisan Tenkan-sen, Kijun-Sen dan Senkou Span B menandakan nilai purata harga, tetapi dalam selang waktu yang berbeza. Garisan Senkou Span B juga bergerak ke hadapan dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk garisan Kijun.

Senkou Span A dan B membentuk awan Ichimoku atau Kumo. Awan ini dilorek di dalam graf dengan warna garisan yang paling tinggi. Iaitu jika Senkou Span A berada di atas Senkou Span B, awan itu akan diwarnakan mengikut warnanya, dan begitu juga sebaliknya.

awan Ichimoku atau Kumo

Jika harga itu berada di atas awan, suasana bull akan berlaku dalam pasaran, cthnya lebih ramai pembeli berbanding penjual dalam pasaran. Jika harga berada di bawah awan, ini mencadangkan suasana bearis (kemerosotan harga), iaitu lebih ramai penjual dalam pasaran. Jika harga berada di dalam awan, pasaran berada dalam keadaan flat.

Garisan Senkou Span A dan B juga berfungsi sebagai tahap dinamik support dan resistance. Jika harga itu berada di antaranya, garisan bawah akan menjadi paras support dan garisan atas – paras resistance. Jika harga di atas awan, garisan atasnya adalah paras support pertama, dan garisan di bawahnya adalah paras support kedua. Jika harga di bawah awan, garisan bawah adalah paras resistance pertama dan garisan di atasnya adalah paras resistance kedua. Di dalam gambar, kita melihat dua paras support:

dua paras support

Paras support dan resistance adalah garisan bersyarat antara di mana harga bergerak pada tempoh masa tertentu. Kemudian ia akan naik mendadak, sekali gus mengatasi paras resistance atau turun dan mengatasi paras support.

Bagaimana cara untuk tetapkan Ichimoku dalam MT4 dan apa yang anda perlu tahu tentang tempoh

Untuk menggunakan indikator Ichimoku dalam platform perdagangan MetaTrader 4, pergi ke Insert – Indicators – Trend – Ichimoku Kinko Hyo. Anda akan melihat nilai seperti di bawah:

indikator Ichimoku dalam platform perdagangan MetaTrader 4

Ini adalah tempoh masa yang dinyatakan sebelum ini. Tempoh 9 adalah set untuk garisan Tenkan, 26 – untuk Kijun, 52 – untuk Senkou Span B. Setiap nombor menandakan bilangan minggu, jika kita gunakan carta mingguan atau bilangan hari jika carta harian digunakan. Iaitu nilai garisan Tenkan dibina dalam masa 9 minggu yang lalu (harga purata 9 minggu), nilai garisan Kijun – dalam masa enam bulan, cthnya, 26 minggu, nilai Senkou Span B – dalam masa setahun – 52 minggu.

Parameter – parameter 9-26-52 telah digunakan oleh Goichi Hosoda. Dia mengatakan ini adalah parameter yang terbaik untuk meramal pergerakan indeks Nikkei. Seseorang berdagang dengan tempoh sama dalam pasaran Forex. Anda boleh mengubah tempoh mengikut keperluan dan perhatikan parameter apakah yang paling berkesan dengan penanda Ichimoku.

Isyarat indikator Ichimoku

Garisan indikator Ichimoku yang bersilang dan berinteraksi antara satu sama lain memberi beberapa isyarat. Kami cadangkan untuk anda mempertimbangkan isyarat yang paling popular:

  1. Death Cross/”Persilangan Mati” – Tenkan bersilang dengan Kijun dari atas ke bawah. Ini mencadangkan bahawa pasangan mata wang harus dijual.
  2. Golden Cross/”Persilangan Emas” – Tenkan Kijun bersilang dengan Kijun dari bawah ke atas, ia adalah isyarat untuk membeli pasangan mata wang.
  3. Isyarat indikator Ichimoku

  4. Jika Chikou bersilang dengan carta harga dari atas ke bawah, ia adalah isyarat jual, seseorang perlu membuka order jualan. Jika Chikou bersilang dengan carta harga dari bawah ke atas, adalah lebih baik untuk membuka order beli.
  5. Jika garisan Senkou Span A dan Senkou Span B bersilang antara satu sama lain, ini menunjukkan trend pembalikan yang mungkin berlaku. Apabila Senkou Span A bersilang dengan Senkou Span B dari atas ke bawah, anda perlu menjual. Apabila Senkou Span A bersilang dengan Senkou Span B dari bawah ke atas, maka anda perlu membeli.

Indikator Ichimoku mungkin kelihatan rumit. Tetapi cuba gunakan indikator Ichimoku ini dan lihat betapa bergunanya indikator ini. Ini bukan sahaja memberi tip kepada pedagang, tetapi juga kepada seluruh sistem perdagangan.

Kami ucapkan semoga perdagangan anda berjaya dengan indikator Ichimoku!

Anggaran artikel: 1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (2 votes, average: 5.00 out of 5)
 

Langgan surat berita kami!

Dapatkan e-buku "Building Blocks for sucсeeding with Forex Trading" dan pemberitahuan tentang berita terkini sebanyak sekali, seminggu

 

Send this to friend