forex-indicators2-min

Forex indicators – apabila matematik digunakan dalam kehidupan harian

Isi Kandungan

  1. Apakah Forex Indicators – Definisi kemanusiaan
  2. Jenis-jenis Indicator di Platform MT4
  3. Cara penggunaan indicator di pasaran


Terdapat banyak jenis ‘expert advisors’ dan algoritma di Internet. Malahan, robot yg berkesan adalah sukar untuk dicari dan harganya sangat mahal. Tetapi, indicator asas yg telah dibangunkan di platform MT4 boleh digunakan secara percuma. Mari kita mulakan.

Apakah Forex Indicators – Definisi kemanusiaan

Forex indicators adalah formula matematik yg menjangka pergerakan harga masa hadapan. Data pada formula ini adalah daripada harga dan volum yg terdahulu.

Indicators pasaran adalah analisis teknikal yg dapat menjangka pergerakan harga di masa akan datang dengan mengambil kira tingkah laku harga pasaran yg lepas.

Keputusan pengiraan indicators dipaparkan pada platform MT4 pada graf pasangan matawang tertentu dan dapat dilihat oleh pedagang.

Analisis teknikal adalah 1 cara meramalkan pergerakan harga berdasarkan data – data yg terdahulu.

Forex indikator Teknis analisis

Setiap indicator dapat memberikan idea kepada pedagang dalam membuat keputusan dagangan yg ingin dibuat pada sesuatu masa tertentu. Sama ada ingin masuk ataupun keluar dari pasaran.

Corak (Pattern) adalah sejenis pergerakan rahsia, di mana pedagang dapat melihatnya pada graf. Ahli astronomi purba memanggilnya sebagai ‘buruj’ (constellations).


Tidak seperti EA, forex indicator hanya dapat beri cadangan sahaja kepada para pedagang untuk membuat keputusan dagangan.

Jenis-jenis Indicator di Platform MT4

Terdapat pelbagai jenis indicator di platform dagangan. Secara teorinya, anda dapat bangunkan sendiri indicator yg diingini.

Terdapat banyak indicator yg telah disediakan secara percuma di platform dagangan, mari kita mulakan dengan indicator yg telah diberi.

Indicator Trend – Nak Ke Mana?

Gerakan tren

“Dari mana kita datang? Ke mana kita nak pergi?” (1897-1898, Lukisan terkenal hasil artis Perancis, Paul Gauguin).

Indicator membantu pedagang untuk faham apakah trend yg menguasai dalam selang masa (time period) tertentu. Indicator akan ditunjukkan kepada graf harga,menunjukkan satu kesinambungan aliran atau perubahannya serentak dengan pergerakan harga.

Trend ialah suatu arahan pergerakan harga di pasaran Forex dalam tempoh masa tertentu. Terdapat naik (Bullish), jatuh (Bearish), sideways (flat line).

Indicator trend menafikan isyarat-isyarat pasaran palsu dan menunjukkan aliran dengan lebih jelas. Kebanyakannya, pedagang sering mengggunakan penunjuk-penunjuk sedemikian:

  • Average Directional Movement Index;
  • Bollinger Bands;
  • Envelopes;
  • Moving Average;
  • Parabolic SAR, etc.

Oscillators – Sejarah Mungkin Berulang

“History repeats itself, first as tragedy, second as farce” (Georg Wilhelm Friedrich Hegel)

Terma “oscillator” diambil daripada perkataan Latin ‘oscillo’, membawa maksud, “untuk mengayunkan”. Situasi pasaran sentiasa berubah, harga semakin meningkat, dan harga semakin jatuh. Tidak seperti penunjuk-penunjuk trend, yang mengikut harga semasa. Mereka mencuba meramalkan trend masa depan pergerakan harga berdasarkan kelajuan dan magnitud ayunan harga pada masa lalu.

Oscillators adalah indicators yg menunjukkan tingkat harga terlebih beli (overbought) dan terlebih jual (oversold) dalam pasaran dan mengjangka arah pergerakan harga pada masa akan datang.

Oscillator dengan sendirinya adalah seolah-olah satu garis melengkung, yang terletak didasar graf harga. Ia terus bergerak antara tahap-tahap yg ditakrifkan seperti: maksimum dan minimum. Tahap maksimum bererti bahawa pasaran terlebih beli (Overbought level). Tahap minimum – terlebih jual (Oversold level). Bila lengkung oscillator hampir satu daripada tahap-tahap ini, isyarat ramalan kepada pedagang untuk membeli atau menjual.

Situasi overbought market adalah di mana pasaran telah terlebih beli, dan dijangka harga akan menurun pada masa depan.

Situasi oversold market adalah di mana pasaran telah terlebih jual, dan dijangka harga akan meningkat pada masa depan.

Para pedagang suka gunakan:

  • Stochastic;
  • MACD;
  • Force Index;
  • Bears Power;
  • Bulls Power;
  • Moving Average of Oscillator, etc.

Indicator Volumes ataupun Volumes – Semuanya adalah nombor

“Semuanya adalah nombor” (Pythagoras of Samos).

Untuk mendapatkan maklumat tentang pasaran Forex adalah sukar kerana ia tidak mempunyai satu tempat tertentu. Tetapi terminal MetaTrader4 mempunyai satu volume kredit indicator di dalamnya.

Tick adalah pergerakan harga dalam 1 arah atau sebaliknya.

Volumes indicator menunjukkan kepada pedagang beberapa detikan dalam satu tempoh masa yg diberi. Ini bukan jumlah sebenar dagangan di pasaran, ia hanyalah jumlah perubahan harga.

Volumes indicator dipamerkan dalam garisan-garisan dimana semakin tinggi lajur, semakin besar perubahan harga.

Forex Indikator Volume

Perubahan ini dapat memberi 1 idea kasar jumlah sebenar perubahan. Anda perlu tahu jika aliran pasaran reverse. Jadi, jika volume telah bertambah dengan banyaknya, mungkin tidak lama lagi harga akan bertukar ke arah bertentangan.

Jenis-jenis volumes indicators:

  • Accumulation/Distribution;
  • Money Flow Index;
  • On Balance Volume;
  • Volumes.

Bill Williams indicators – Seorang genius dapat menangani masalah

“Order is for idiots, genius can handle chaos” (attributed to Albert Einstein)
Bill Williams Indicators ialah penunjuk-penunjuk yang mentakrifkan struktur pasaran dalam lima dimensi. Ianya adalah salah satu daripada jenis-jenis indicator yang paling banyak kontroversi.

Forex indikator bill Williams

Bill Williams, seorang pedagang yg pintar dan pencipta kelas indicator berasingan, dan beliau berjaya mempertimbangkan Forex daripada menjadi satu sistem yg kelam-kabut. Dia percaya bahawa kaedah ramalan standard dalam analisis teknikal adalah tidak bermakna. Indicator Williams didefinisikan seperti yg berikut:

Cara penggunaan indicator di pasaran

Indicator tukaran mata wang asing dapat memudahkan dagangan, jika anda tahu bagaimana cara terbaik untuk menggunakan mereka. Dalam mengikuti artikel kami secara terperinci, anda boleh dapat cara bagaimana untuk membaca tanda penunjuk dalam graf. Dan sekarang, kami sediakan beberapa tips umum:

  1. Menggabungkan 3-4 indicator secara serentak dalam graf.
  2. Bersedia untuk membelanjakan wang untuk indicator yg berkesan. Jangan mempercayai penjual “Grails”.
  3. Beli penunjuk dengan berhati-hati – baca ulasan, belajar sifat, kebaikan dan keburukan.
  4. Jangan mempercayai penunjuk sepenuhnya.
  5. Sentiasa mengambil kira analisis fundamental. Penunjuk mungkin tidak berguna dalam naik turun harga pasaran pada waktu politik penting serta peristiwa ekonomi.

Selamat Maju Jaya dalam Dagangan Anda!

Anggaran artikel: 1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5.00 out of 5)
 

Langgan surat berita kami!

Dapatkan e-buku "Building Blocks for sucсeeding with Forex Trading" dan pemberitahuan tentang berita terkini sebanyak sekali, seminggu

 

Send this to friend