robot-washer-2png-min

Forex advisors – sepintas lalu berdagang secara automatik

Berdagang Forex bukannya perkara mudah. Banyak peniaga telah biasa dengan proses, yang memudahkan dagangan mereka. Bagaimana untuk tidak hilang deposit apabila melakukan dagangan di Forex? Ayuh! Mari bertemu dengan penasihat-penasihat Forex (Forex Expert advisors).

Penasihat dan Robot Forex

Apakah Forex expert advisors dan mengapakah mereka diperlukan?

Forex Expert Advisor ialah satu program khas, dibina untuk platform dagangan seperti MetaTrader 4. Penasihat selalunya dipanggil sebagai robot, pakar atau EA (Expert Advisor). Konsep ini dipanggil sebagai, dagangan automatik.

EA bergerak secara langsung tanpa campur tangan pedagang, atau semi automatik, iaitu, mengingatkan “induk”nya tentang cadangan tindakan dan meminta pengesahan dari pedagang. Pencipta, bersama dengan ahli ekonomi membangunkan robot-robot Forex dalam perisian MetaQuotes Language Version 4, atau MQL4. Pengguna biasa yang biasa gunakan bahasa ini, dengan mudah boleh menulis Forex Advisornya sendiri.

Tugas utama EA adalah untuk memudahkan dagangan dan dapat keuntungan. Ia berdasarkan satu algoritma yang terdiri daripada tiga peringkat:

  1. Analisis pasaran: EA akan menganalisis situasi pasaran dan mencari jalan masuk ke pasaran;
  2. Membuka order: dua atau tiga indicator akan menghantar isyarat dan EA akan buka satu kedudukan;
  3. Menutup order: Stop Loss serta Take Profit diaktifkan, atau jika satu isyarat aliran reverse dihantar, EA akan tutup kedudukan.
Stop Loss ialah satu pending order, yang digunakan supaya peniaga dapat menghadkan kerugian. Peniaga menetapkan Stop Loss dahulu pada peringkat tertentu, di mana perintah patut ditutup jika harga masuk ke arah yg salah. Perintah dilakukan adalah secara automatik.

Take Profit ialah satu pending order yang seorang peniaga untuk menetapkan keuntungan sebuah operasi perdagangan. Pedagang menetapkan Take Profit dahulu pada peringkat itu di mana transaksi akan berada di dalam posisi keuntungan. Perintah juga dilakukan secara automatik maklumat lebih lanjut di.

Pro dan Kontra Penggunaan Expert Advisor

Kekuatan EA

    yoga

  1. Kawalan Emosi.
    Robot bekerja mengikut arahan algoritma, mereka tidak tahu erti takut ,tamak, dan marah. Tidak seperti pedagang, EA tidak akan takut untuk menutup transaksi, ia juga tidak akan bertindak tergesa-gesa. Dan jika EA mendapat satu posisis keuntungan, ia tidak akan memungkiri pasaran untuk mendapatkan lebih banyak mangsa. Komponen emosi telah dihapuskan.
  2. clock

  3. Pemerhati Pasaran Pada Setiap Masa.
    Robot memantau pasaran 24 jam sehari. Banyak pedangang yg bukan pedagang sepenuh masa: boleh jadi mereka adalah pengurus, tukang-tukang kayu, ahli bomba, dan lain-lain. Mereka hampir tidak dapat menggabungkan jadual kesibukannya kerja mereka dengan dagangan Forex. Maka, robot-robot dagangan akan membantu, kerana mereka tidak tidur dan penat. EA dapat menjimatkan masa dan membawa keuntungan.
  4. rocket

  5. Respon yg Pantas.
    Teknologi moden dapat melakukan tugas lebih cepat daripada seorang manusia: sebuah kalkulator akan mengira berapa adalah 356*28 dalam kurang daripada satu saat, manakala seorang pelajar tahun enam akan lakukan pengiraan sama selama beberapa minit malahan lebih panjang. Jadi, EA juga sama. Robot bertindak segera terhadap situasi pasaran, sejak ianya menjadi faktor dalam rancangan mereka. Pedagang boleh jadi lambat ketika menentukan dalam membuka order ataupun tidak. Penasihat memasuki pasaran dengan sempurna, sebaik sahaja isyarat tiba.
  6. jackpot

  7. Ramai Penjahat Bersenjata.
    Forex Expert Advisors boleh memantau beberapa pasangan mata wang dengan serentak. Ini membuka horizon baru dalam industri perdagangan. Pedagang tidak perlu lagi untuk duduk di depan skrin monitor untuk beberapa jam dan menukar carta dari mata wang kemata wang yg lain.
  8. beginner

  9. Beginners luck.
    EA buat hidup lebih mudah untuk seorang pemula, kerana satu robot yang bagus boleh melakukan seluruh pekerjaan untuknya. Seorang pedagang tidak berpengalaman boleh mencerap tindakan EA dan belajar membaca indicator di pasaran.

Kelemahan Forex advisors

    404

  1. Error 404.
    EA dagangan dibangunkan oleh manusia, dan kita perlu tahu, semua orang membuat kesilapan. Kesilapan dalam sistem boleh menjurus kepada kehilangan deposit. Adalah berbahaya untuk bergantung kepada robot sepenuhnya.
  2. robots

  3. Robot Tiada Perasaan.
    Robot-robot forex bekerja hanya menuruti strategi yang diberi. Walau bagaimanapun, berita politik dan ekonomi, khabar angin dalam pasaran, dan force majeures dapat menjejaskan pergerakan harga pasangan-pasangan mata wang. Robot tidak boleh membacanya di dalam akaun. Dan mereka tidak mempunyai gerak hati, yang berguna untuk pedagang.
  4. sand-glass

  5. Segalanya Boleh Berubah.
    Pasaran tidak stabil. Perilaku pasaran, strategi perdagangan boleh berubah, jadi, penasihat boleh hilang kebolehgunaan mereka. Jika pedagang tidak menyusun atur semula robot dalam tempoh tertentu, ia akan beroperasi di bawah arahan lama dan akan menyebabkan risiko kehilangan deposit.
  6. pig-in-a-pocke

  7. Sesuatu yang tidak disahkan dahulu baik-buruknya.
    Untuk memuat turun EA dengan percuma malahan untuk membelinya – ia seperti membeli seluar pendek dalam talian Internet: anda tidak tahu apa akan terjadi pada kualitinya, sama ada saiz dan satu warna boleh muat dengan anda, adakah penjual akan menghantar anda seluar pendek yg dibeli secara langsung? Satu gambaran yg menarik tidak menjamin bahawa robot benar-benar baik. Mungkin beberapa setan yang pintar dan licik menciptanya dengan sengaja supaya peniaga hilang wang. Dan ia agak sukar untuk membangunkan sendiri robot yang kita mahukan.
  8. stop

  9. Stop Advisor.
    Ada sesetengah broker yg menghalang penggunaan robot dalam perdagangan.

Jenis-jenis EA dan Apakah Pilihan yg Terbaik

Terdapat banyak jenis EA dalam pasaran Forex. Mereka dibahagikan kepada beberapa jenis antaranya:

  • Trend Advisors;
  • Scalper;
  • Martingale System;
  • Multicurrency;
  • Network Orders;
  • Advisors Yg Bekerja/Tidak Bekerja dengan Indicator;
  • Advisors based pada neural networks;
  • Advisor Gabungan.

Dimana Boleh Dapatkan EA?

Terdapat tiga cara untuk mendapatkan robot dagangan: dengan membeli, untuk muat turun secara percuma, dengan menulis teknik anda sendiri. Beberapa penasihat telah dibina untuk platform dagangan MT4. Ini mungkin kelihatan sedikit. Seterusnya, pedagang boleh muat turun dengan percuma atau membeli lebih banyak robot-robot dagangan melalui Internet. Untuk mengatakan EA mana yg bagus? – Yg berbayar atau yg percuma? – adalah sukar, sejak terdapat ramai penipu dan mereka menjual produk mereka untuk wang, ataupun diberikan secara percuma.

Anda boleh mendapatkan EAs dalam perpustakaan Code Base robot serta indicators, yang telah pun dibina untuk terminal MT4. Bagaimana untuk berbuat begitu? Ayuh tonton video ini:

Anda boleh juga membeli EA (berbayar/percuma) dalam MetaTrader Market atau membeli robot dari pembangun yg berpengalaman, hanya jika anda tidak boleh mencari satu yang dapat memuaskan anda.

Untuk memilih EA baik bukan mudah. Supaya anda tidak membuat pilihan yg salah, di sini kami beri anda beberapa tip mudah:

  • Memeriksa reputasi penjual, ambil tahu mengenai mereka.
  • Kemudian tanya dia tentang prinsip EA. Penjual perlu tahu soalan semua pembeli, berkenaan produk serta jawapannya.
  • Memandang berat keuntungan robot: ia sepatutnya menjadi purata 15-20%, tetapi tidak lebih daripada 50%. Hasil terlalu tinggi adalah salah satu berkenaan keagresifan robot.
  • Ingat bahawa penjual boleh memodifikasi laporan keuntungan EA pada masa lalu.
  • Baca ulasan EA yang anda mahu beli, cari analognya.

Jadi, anda telah memutuskan EA apa untuk dibeli. Cara menguji EA sebelum anda mula menggunakannya. Bagaimana untuk melakukannya?

  1. Platform dagangan MetaTrader 4 membenarkan anda menguji EA. Fungsi ini memeriksa operasi robot berdasarkan data sejarahnya. Dengan itu, anda boleh melihat tindakan-tindakan Expert Advisor pada masa lalu, sama ada mereka berkesan atau tidak dalam operasi perdagangan. Bagaimana untuk mengaktifkan penguji dalam MT4 ikuti pautan ini.
  2. Robot juga boleh digunakan pada akaun demo. Bagaimanapun, kaedah ini tidak memberi 100% hasil, kerana tiada pengurangan nilai dalam akaun latihan.

Robot dagangan akan membantu anda dalam operasi perdagangan, tetapi ia tidak akan melakukan semuanya untuk anda. Ingat bahawa pasaran sangat mudah berubah-ubah. Berikan perhatian teliti bagi kebolehgunaan EA. Dan lebih baik jangan bergantung sepenuhnya kepada robot. Ingat bahawa EA tidak beri jaminan 100% pendapatan. Berhati-hati dan selamat berolehi perdagangan yang menguntungkan!

Anggaran artikel: 1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
 

Langgan surat berita kami!

Dapatkan e-buku "Building Blocks for sucсeeding with Forex Trading" dan pemberitahuan tentang berita terkini sebanyak sekali, seminggu

 

Send this to friend