Pasukan JustForex menderma darah

Pada 8 hb Oktober, 2016, JustForex telah berjaya bekerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) mengadakan Kempen Derma Darah yang pertama diadakan di Aeon Mall, Bukit Tinggi Klang. Tujuan kempen ini adalah untuk mewujudkan kesedaran awam tentang kelebihan menderma darah.

blood donation

Kempen ini menerima sokongan yang memberansangkan dari orang ramai yang melawati pasaraya seawal waktu pukul 10.00 am. Pekerja dari kedai terdekat juga mengambil peluang menyertai acara ini. Orang ramai mengisi borang dan melalui proses ujian saringan untuk mengetahui peringkat hemoglobin dan tekanan darah untuk membolehkan mereka menderma. 12 pekerja dari hospital melaksanakan tugas mereka untuk menjayakan kempen pada hari tersebut.

Kempen ini berakhir pada pukul 5.00 p.m. Keputusannya, jumlah seramai 81 orang melawati kempen, 38 orang berjaya menderma darah, 43 orang telah ditolak kerana tidak layak menderma. Kesemua darah yang di derma, di kumpul dan dihantar ke Pusat Darah Negara.

JustForex akan mengadakan kempen derma darah secara kerap. Diharap, pada tahun depan, lebih dan lebih ramai orang yang mengambil bahagian dalam kempen ini, Derma darah – selamatkan satu nyawa!

derma darah