Dagangan hadapan untuk pemula

Isi Kandungan

  1. Apakah Kontrak Niaga Hadapan?
  2. Jenis-jenis Kontrak Niaga Hadapan
  3. Pengelasan Niaga Hadapan oleh Aset Jaminan
  4. Pertukaran Seluruh Dunia Terbesar
  5. Kod Produk Niaga Hadapan
  6. Analisis Pasaran Niaga Hadapan

Adakah anda mahu memperoleh satu pendapatan yg stabil, tetapi adakah pada masa yang sama, anda cukup berani mengambil risiko? Adakah anda mahu menginsuranskan asset anda dan mencuba cara anda di dagangan pasaran kewangan? Adakah anda mempunyai naluri perniagaan yg baik? Adakah anda meminati berita dunia? Dalam kes ini, ia mandatori untuk anda tahu apakah satu kontrak niaga hadapan. Kontrak niaga hadapan ialah ciptaan yg unik, diwujudkan untuk memudahkan kehidupan perniagaan dan membuat keuntungan yg tinggi. Dagangan hadapan membantu pengeluar barang-barang menginsuranskan produk mereka selama bertahun-tahun lamanya dan pengurus portfolio dpt mengurangkan risiko khusus kepada profesion mereka.

Dagangan Hadapan
Masa depan umpama payung terjun simpanan.

Apakah Kontrak Niaga Hadapan?

Kontrak niaga hadapan ialah satu perjanjian menjual atau untuk membeli satu asset untuk satu zon harga pada satu masa depan. Seorang pembeli dapat tahu di satu tarikh tertentu satu aset boleh didapati pada harga yg dikehendaki. Bagaimanapun, selepas menandatangani kontrak itu, kedua-dua pihak telah mempersetujui syarat dan terma. Walaupun harga naik dan penjual mempunyai peluang menjual aset di satu harga lebih tinggi, mereka tak dapat berbuat apa apa kerana terikat dengan kontrak yg telah dipersetujui.

Sejarah Dagangan Hadapan

Pertukaran telah mula membentuk pusat di Chicago pada 1800-an. Mereka membantu memantapkan naik turun harga, masalah yang timbul adalah disebabkan oleh lebihan ladang (misalnya, seorang petani yang telah menuai gandum, tidak mempunyai sebuah gudang untuk produk-produk mempunyai keluaran yg sedemikian besar) atau sebaliknya, berkurang (ia berlaku apabila permintaan produk tertentu melebihi penawarannya).

Lokasi utama dan penambahbaikan kepada keadaan penstoran telah diperkenalkan dan merupakan 1 langkah kehadapan. Tetapi, ianya tidak dapat menyelesaikan segala permasalah penentuan harga yg dihadapi.

Misalnya, bagaimana dengan Alam Semulajadi? Suhu-suhu takat beku yang teruk, infestasi serangga, kemarau dan bencana alam lain mempunyai satu pengaruh kuat kepada bekalan dan permintaan produk pertanian.

landscape-field-sonja-langford-sonja-large

Ia bukan masalah jika ianya kebimbangan pasaran gandum pada permulaan abad kedua puluh atau niaga hadapan hari ini untuk Apple Inc. ketakutan kepada inflasi tidak terkawal akan menyebabkan krisis dan boleh membuat ketakutan pasaran saham dan membangkitkan kemarahan akibat perkara-perkara yang tidak dijangka. Pergolakan politik dan perang boleh menjurus ketidak seimbangan perdagangan dan mengurangkan nilai mata wang negara-negara tertentu dalam pasaran global. Apa-apa sahaja yg menjejaskan bekalan permintaan untuk satu produk tertentu, akan membawa kepada ketidakpastian harga.

Bagaimanakah Semuanya Bermula?

Dalam satu cubaan untuk mengatasi ketidakpastian harga, pekebun dan pedagang telah membuat 1 perjanjian, ianya dipanggil sebagai kontrak hadapan. Kontrak ini ialah perbincangan peribadi di mana mereka membincangkan dan menetapkan harga untuk satu-satu produk yg dihantar untuk masa depan. Maka harga masa depan untuk pasaran komoditi telah ditubuhkan hingga kini. Disebabkan oleh peraturan, produk tidak bertukar tangan sehingga ke tarikh penghantaran. Penyelesaian telah diperolehi. Peniaga boleh mengunci harga di satu tahap tertentu dan tidak bimbang dengan turun naik harga semasa.

Kontrak-kontrak hadapan sangat berguna, tetapi mempunyai takat yg tertentu sahaja. Mereka tidak mengetepikan risiko kemungkinan yang seorang peniaga mungkin gagal untuk melaksanakan kewajipan-kewajipannya. Misalnya, seorang pedagang mungkin menarik balik kontrak jika dia mendapati komoditi sama lebih murah di tempat lain. Sebaliknya, seorang petani mungkin ingkar kepada kontraknya jika harga naik dan dia boleh menjual produknya untuk orang lain pada satu tingkat harga lebih besar.

Untuk menyelesaikan masalah ini, pertukaran mula memerlukan setiap pihak dalam satu transaksi ke hadapan menyandarkan satu deposit kepada pihak ketiga yg berkecuali. Sekarang kedua-dua pihak akan memenuhi perjanjian.

Bagaimanakah Semuanya Bermula
“Luahkan kedepan! Saya akan jual bunga matahari ini dengan lebih mahal lagi!”

Jika satu pihak ingkar pada perjanjian, pihak lain akan menerima wang itu sebagai pembayaran balik ganti rugi kerana telah keluar dari rundingan dan sebarang kesulitan yang ditimbulkan.

СВОТ (Chicago Board Of Trade) adalah yg telah memperkenalkan kontrak hadapan rasmi yg pertama di dunia. Ia telah ditulis pada 13 Mac, 1851. Satu bentuk hubungan yang telah distandardkan, telah diluluskan menjelang 1865 dan ia dipanggil sebagai kontrak niaga hadapan. Ia menunjukkan kuantiti, kualiti dan tarikh penghantaran komoditi, tetapi harga tidak ditentukan. Tetapi yang sebenarnya, keuntungan daripada niaga hadapan telah bermula sejak kejatuhan sistem Bretton Woods dan pembuangan kadar tukaran tetap.

Walaupun kontrak niaga hadapan(forwards and futures) mempunyai elemen biasa, mereka agak berbeza. Satu kontrak niaga hadapan, termasuklah saiz telah diseragamkan berserta tarikh penghantaran produk, dan satu kontrak hadapan menandakan bahawa dua parameter ini boleh dirundingkan. Sebagai tambahan, harga ke hadapan(forwards) ialah satu aspek terpenting, manakala harga niaga hadapan diterbitkan secara bebas dan secara terbuka.

Dagangan Hadapan
Adik-beradik Masa Depan dan Kehadapan adalah sangat sama pada luaran, tetapi sangat berbeza dalam karektar.

Jenis-jenis Kontrak Niaga Hadapan

Terdapat 2 jenis utama niaga hadapan:

  1. boleh dihantar;
  2. tak boleh dihantar.

Niaga hadapan boleh dihantar mengakibatkan penyerahan fizikal dan tak boleh dihantar tidak mengakibatkan penyerahan fizikal. Untuk beberapa kontrak niaga hadapan, seperti niaga hadapan indeks saham, penyerahan fizikal adalah mustahil, maka kedudukan akan ditutup melalui penyelesaian tunai. Selepas hari dagangan terakhir, kedudukan-kedudukan kontrak yg terbuka ditutup dalam wang tunai dengan tiada penghantaran sekuriti. Jumlah wang ialah perbezaan antara jangkaan harga satu asset dan harga semasanya pada masa itu semasa tamat tempoh kontrak.

Maka, jika satu masa depan pembelian yang menelan belanja $1,000 , dan kos meningkat kepada $1,100, maka keuntungannya adalah $100. Sama juga, jika kejatuhan harga kepada $900, dia akan kehilangan $100.

Malah, hanya 3% daripada semua kontrak niaga hadapan mengakibatkan penyerahan fizikal. 97% daripada mereka diimbangi. Ini bermakna bahawa majoriti peserta menjual semua barangan kedudukan mereka sebelum tarikh penghantaran kontrak tamat.

Kontrak niaga hadapan

Jadi, mengapa 3% daripada peniaga akan membuat atau mengambil penyerahan? Mereka akan buat perkara ini terutamanya untuk 2 sebab:

  1. Pembeli/Penjual sebenarnya memerlukan produk tersebut. Secara ringkasnya, peladang ataupun pemaju perumahan.
  2. Harga yg telah ditentukan pada masa hadapan adalah lebih baik daripada harga yg diperoleh di tempat lain dalam pasaran.

Pengelasan Niaga Hadapan oleh Aset Jaminan

Kontrak niaga hadapan dibahagikan kepada beberapa jenis bergantung pada apa yg dibeli dan apa yg dijual (aset jaminan menetapkan dalam kontrak).

Jenis-jenis utama niaga hadapan termasuk:

  • Niaga hadapan indeks pasaran saham;
  • Pasaran hadapan komoditi;
  • Niaga hadapan saham tunggal;
  • Masa depan pertukaran mata wang asing;
  • Niaga hadapan kadar faedah.

index-futures

Indeks Niaga Hadapan (Niaga Hadapan Pasaran Saham Indeks )

Aset asas kontrak ialah satu indeks, bukan satu komoditi atau satu stok.

Indeks paling popular:

  1. Dow Jones Industrial Average (Dow Jones). Ia salah satu indeks yg paling penting dalam pasaran saham AS. Indeks ini merangkumi 30 buah syarikat , termasuk The Boeing Company, JPMorgan Chase, General Electric, Microsoft Corporation, Visa Inc. dan lain-lain. Indeks ini telah direka dalam abad XIX. Kekurangan indeks ini adalah hanya 30 buah syarikat terlibat dalam pengiraannya, maka banyak pembiaya kewangan suka satu lagi indek lain, yang akan dibincangkan lebih lanjut.
  2. S&P 500 ialah indeks pasaran saham Amerika, yg melindungi lebih kurang 500 buah syarikat-syarikat AS yg terpilih dengan permodalan yg tertinggi. Dijalankan oleh Standard & Poor, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan Amerika. Ia memberikan pelabur-pelabur satu anggapan umum tentang keadaan pasaran saham semasa AS.
  3. Indeks NASDAQ adalah salah satu indeks tukaran daripada 3 indeks utama AS , yang mengkhususkan saham syarikat berteknologi tinggi. Ia merangkumi semua syarikat yg berdagang bersama NASDAQ. Kebanyakannya dikaitkan dengan teknologi dan Internet, tetapi ada juga bahagian kewangan, pengguna dan syarikat-syarikat perindustrian.

commodity-futures

Komoditi Hadapan

Antara komoditi yg paling banyak jumlah dagangan adalah Energy/Oil futures:

WTI Crude Oil
Brent Crude
Ethanol
Natural gas
Heating Oil
Propane
Purified Terephthalic Acid (PTA)

Peranan minyak dalam dunia masa kini sangat hebat. Sesetengah negara giat mengeksport minyak (misalnya, Arab Saudi), manakala satu lagi negara pula mengimport minyak (Jepun). Naik turun harga minyak memberi kesan secara langsung kepada kadar pertukaran dan mempengaruhi keadaan ekonomi seluruh dunia. Niaga hadapan minyak menawarkan satu peluang menyertai pasaran dinamik dan rancak ini. Crude Brent, WTI and Dubai ialah 3 instrument utama pada masa kini.

Walaupun berdagang apa-apa barang sekalipun, kita memerlukan pengawasan yg aktif semasa proses perdagangan dijalankan, minyak mentah mempunyai kecairan yang tidak stabil, dan pedagang sepatutnya mengambil langkah berhati-hati. Tiada sesiapa akan terkejut jika sekiranya harga minyak mula jatuh pada awal pagi dan meningkat pada akhir hari. Harga minyak menunjukkan seluruh keadaan pasaran ekonomi.

Insiden kejadian dagangan ketika “mabuk”, pada tahun 2009 adalah kejadian yg mendapat liputan yg sangat tinggi dan telah menyebabkan akibat-akibat yg meluas. Stephen Perkins, seorang pekerja London PVM Oil Futures, mendagangkan sejumlah 7,000,000 tong minyak, beranggaran US$520 million, semasa beliau sedang mabuk.

Dagangan yg tidak sah ini telah menyebabkan harga Brent Crude oil meningkat lebih daripada $1.50 se- tong yang mana biasanya dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa geopolitik utama.

Dagangan Perkins mempengaruhi harga minyak seluruh dunia. Disebabkan oleh dagangan minyak Perkins, harga telah mencapai kepada 8 bulan tertinggi. Para pedagang pasaran tidak faham apa yang telah terjadi, dan ini memberi keadaan yg menghairankan malah lebih kepada ketidakpastian. Hasilnya, syarikat rugi hampir $10 juta, dan Stephen Perkins telah dilucutkan jawatannya. Lembaga Perkhidmatan Kewangan (FSA) menghalang dia daripada sebarang aktiviti perdagangan dan mengenakan denda yg setimpal ke atas kesalahan yg dilakukan.

Sesetengah pelabur suka berdagang minyak pemanas dan propana. Harga produk ini tidak mudah untuk turun naik, tidak seperti minyak dan dibenarkan membuat ramalan keuntungan.

Logam mempunyai satu peranan yang penting kepada pasaran hadapan:

  • tembaga;
  • perak;
  • emas;
  • platinum;

Pasaran logam mempunyai ciri-ciri yg sangat pelik. Hampir mustahil untuk mentakrifkan aliran impak penawaran atau permintaan dalam hal pasaran logam berharga ini. Pedagang suka terutamanya emas, perak dan tembaga, hanya beberapa sahaja yg memilih platinum. Niaga hadapan menawarkan NYMEX dan CME.

Permintaan emas bergantung pada tanggapan psikologikal nilai emas, yang dipengaruhi oleh kadar inflasi relatif, kadar-kadar kepentingan dunia, pergolakan mata wang, angka-angka baki perdagangan, tindakan-tindakan OPEC dan ketidakstabilan politik. Pasaran logam akan menjadi satu pilihan bijak kepada peniaga, yang mempunyai pengalaman luas dan mempunyai naluri perniagaan yang hebat.

Sejarah niaga hadapan bermula dengan pembangunan produk pertanian dan mereka tetap popular hingga ke hari ini. Peniaga, yang bekerja dengan kontrak-kontrak jenis ini sepatutnya mempunyai satu idea tentang masa menyemai, mematangkan tanaman dan menuai, disebabkan oleh faktor masa sangat penting untuk penetapan harga.

Gandum, kacang soya dan kontrak hadapan jagung boleh dihubung kait antara satu sama lain.
Pertanian merupakan bidang yg paling banyak niaga hadapan, giat mengambil kesempatan daripada CME, dan dalam sesi dagangan di Chicago Stock Exchange, pedagang-pedagang berpengalaman akan menasihati pedagang untuk membuat perjanjian.

Agrikultur Niaga Hadapan:

  • Jagung;
  • Kacang Soya;
  • Gandum.

“Soft Futures” (“Softs”) adalah nama yg digunakan untuk produk seperti kopi, koko, gandum,kacang soya dan sayur. Istilah ini paling kerap digunakan untuk barangan berkaitan produk tanaman. Niaga hadapan jenis ini memainkan peranan besar dalam pasaran hadapan. Kadang-kadang “Soft Futures” mengimplikasikan produk asal tropika: kopi, koko, gula, kapas dan jus oren. Barangan pengguna:

  • koko;
  • kopi;
  • kapas;
  • gula.
Soft Futures
Sementara kapas masak, meramalkan analisis harga untuk masa depan “soft”.

stock-fuchers

Niaga Hadapan Saham Tunggal

Terdapat kontrak di stok, bil-bil perbendaharaan, bon dan aset-aset stok yg lain. Dengan menjual saham hadapan, seorang peniaga boleh mengagak perubahan dalam harga saham. DiAmerika Syarikat niaga hadapan jenis ini telah diharamkan sejak tahun 2000. Hari ini,saham hadapan mengambil kesempatan daripada pertukaran di UK, Sepanyol, India serta negara-negara lain. Afrika Selatan mempunyai saham hadapan terbesar di pasaran, di mana lebih kurang 700,000 kontrak ditutup secara harian.

forex-futures

Niaga Hadapan Forex

Terdapat juga kontrak untuk penyampaian mata wang asing pada masa depan. Peserta-peserta pasaran utama niaga hadapan Forex adalah pelindung nilai (hedger) dan spekulator. Pelindung nilai ialah peniaga yang tujuan utamanya ialah membuat perlindungan terhadap turun naik harga secara tiba-tiba. Ia boleh mengambil manfaat dari kedua-dua pergerakan (naik/turun) harga bagi pengeluar produk pertanian, juga bagi bank dan syarikat besar yang mana mahu meminimumkan risiko dikaitkan dengan turun naik harga mata wang.

Satu corak biasa pelindung nilai: bertindak seperti seekor lembu jantan apabila pasaran turun, dan seperti seekor beruang – apabila pasaran naik.

Jenis peserta kedua ialah spekulator. Mereka tidak bekerja dengan sesiapa dan tidak perlu untuk berjaya mencapai sasaran. Matlamat mereka – untuk membuat keuntungan maksima.

rate-futures

Kadar Faedah Niaga Hadapan


Kadar faedah bank-bank pusat, bil-bil perbendaharaan dan alatan lain bertindak sebagai aset dalam niaga hadapan jenis ini. Nilai niaga hadapan ini dinaikkan dengan satu pengurangan dalam kadar faedah. Kepentingan niaga hadapan adalah merupakan salah satu alat kegemaran spekulator dalam pasaran. Bila kadar jatuh, ia lebih menguntungkan untuk membuat belian, dan apabila kadar semakin bertambah – jual. Pemimpin operasi serta niaga hadapan kadar faedah ialah Chicago Mercantile Exchange. Beberapa niaga hadapan kadar faedah paling popular – Niaga hadapan Eurodolar dan 10-Year T-Note Futures.

Pertukaran Seluruh Dunia Terbesar

CME Group (Chicago, Amerika Serikat)3,4 miliar
Intercontinental Exchange (Atlanta, Amerika Serikat)2,3 miliar
Eurex (Eschborn, Jerman)2,0 miliar
National Stock Exchange of India (Mumbai, India)
1,9 miliar
BM&FBovespa (Sao Paulo, Brazil)
1,4 miliar


Pertukaran Seluruh Dunia Terbesar

Kod Produk Niaga Hadapan

Kontrak niaga hadapan diberikan kod untuk tujuan rujukan lebih cepat dan lebih mudah. Dengan menggunakan kod, ianya jadi teratur untuk digunakan dan tidak bazirkan masa untuk mencari dan merakamkan jenis niaga hadapan tertentu. “Ticker (kod produk)” ialah satu singkatan nama kontrak dan bulan di mana penyampaian akan berlangsung.

Kod terdiri daripada tiga unsur (AMY):

A – satu aset direkodkan dalam bentuk 2 watak (misalnya, OJ – Orange Juice);

M – bulan serahan;

Y – tahun (2009 akan ditulis sebagai 9 dan 2015 sebagai 15).

JanuariFebruariMaret
FGH
AprilMeiJuni
JKM
JuliAgustusSeptember
NQU
OktoberNovemberDesember
VXZ

Hasilnya, kita dapat melihat kod-kod yg digunakan seperti NGX1, RIM4, GCU9. Kod ini dapat membantu seseorang itu membaca lambang dan kod yang mana digunakan untuk ringkasan produk tertentu.

Analisis Pasaran Niaga Hadapan

Dalam pada perdagangan di pasaran hadapan, boleh menggunakan kedua-dua dasar dan analisis teknikal. Analisis fundamental dibuat dengan menggunakan data untuk meramalkan harga: tahap pengeluaran, penggunaan, eksport, data cuaca, penunjuk ekonomi, imbangan perdagangan, dasar kerajaan dan banyak lagi.

Analisis fundamental mencari peluang perdagangan baru, mengiktiraf cara-cara yg berpotensi untuk meningkatkan penawaran dan permintaan. Analisis teknikal adalah dari mengikuti pergerakan harga. Dari semasa ke semasa, harga mengikut corak tertentu, dan mengenal pasti corak-corak ini untuk mendapatkan peluang perdagangan baru.

Objektif utama analisis teknikal ialah untuk mengenalpasti arah dan kekuatan trend semasa apabila ia bermula mengubah arah pergerakan. Jika penganalisis menunjukkan bahawa pasaran menjadi bullish, ramalan adalah dengan membuat belian dan terus beli, sehingga perubahan arah seterusnya.

Bagaimana Untuk Memulakan Dagangan Niaga Hadapan?

Platform Dagangan

Untuk memulakan dagangan hadapan, anda perlu memutuskan tentang penggunaan platform dagangan. Terdapat pelbagai jenis platform yg ditawarkan di pasaran, jadi pilihan akhir bergantung kepada pedagang itu sendiri. Di bawah ini ialah platform-platform paling popular di pasaran dunia:

NinjaTraderNinjaTrader merupakan platform dagangan dunia. Ianya dibangunkan untuk pedagang yg aktif yg berminat kepada stok, niaga hadapan dan pasaran forex. Ciri –ciri utama NinjaTrader's, yg disertakan sekali dengan “advanced charting”, pembangunan strategi automatic, ulang kaji “back-test” dan pengoptimuman aplikasi adalah percuma kepada penggunanya.
Trade Navigator
Salah satu kelebihan platform ini adalah : bantuan sokongan dari pekerja mereka sendiri. Trade Navigator menyediakan analisis fundamental dan teknikal, memproses masa atau data harga yg sangat tinggi untuk pedagang membuat keuntungan yg besar. Kelebihan lain adalah analisis “in-depth graphical”.
RTrader
RTrader merupakan platform dagangan untuk kegunaan pelabur persendirian dan broker. Platform ini membolehkan pedagang berdagang dari keseluruhan carta. Serta, ada juga ciri-ciri pengurusan akaun yg canggih dengan akses kepada pelbagai akaun (multiple account access). Anda boleh import dan export data dari Microsoft Excel dengan bantuan platform dagangan ini. Pelaksanaan dagangan yg pantas ialah satu kelebihan penting RTrader.

Perkara berikutnya adalah dalam memilih sesebuah broker yang akan bekerja dengan akaun. Prosedur untuk membuka dan pengesahan akaun boleh mengambil lebih kurang satu minggu. Sila perhatikan bahawa broker yg dipilih mestilah seorang ahli bursa saham. Tambahan pula, ia mesti berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Perdagangan Hadapan Komoditi (Commodity Futures Trading Commission), National Futures Association (jika broker dari AS) atau Lembaga Perkhidmatan Kewangan (Financial Services Authority) (FSA) (jika seorang pedagang merancang untuk mengambil kesempatan daripada pasaran saham UK). Semua berita dan maklumat boleh diperolehi di pusat tukaran terbesar AS: CME dan ICE.

Syarat Modal Minimum yg Dagangan Hadapan

Tiada jawapan jelas kepada soalan ini, pedagang sendiri yg akan memutuskan berapa jumlah modal yg ingin dilaburkan. Beberapa broker yang mengusahakan pertukaran di AS memerlukan deposit minimum sebanyak $10,000. Jumlah pelaburan dan had-had sedia ada dan pedagang seharusnya bersetuju dengan syarat yg ditetapkan oleh broker. Hampir semua broker bersetuju pada fakta yang $25,000 cukup untuk memulakan perdagangan. Jika jumlah modal kurang daripada $10 000, kita tidak mengandaikan beliau berada dalam kategori peserta, tetapi sebaliknya. Kontrak minimum S&P500 mini Elektronik di Chicago Stock Exchange boleh dibeli pada kira-kira $500.

Apabila kita berdagang pada tukaran stok Rusia, cirri-cirinya akan nampak sedikit berbeza. Niaga Hadapan RTS merupakan pasaran yg paling terkenal. Ianya dimiliki oleh kumpulan index niaga hadapan: RTS index adalah salah satu indeks yg paling berpengaruh kepada indeks CIS. Indeks RTS telah diperkenalkan sejak tahun 1995. Ianya dikira berdasarkan syarikat Rusia terbesar dengan permodalan pasaran paling tertinggi. Syarikat-syarikat ini termasuk pemain-pemain utama seperti “Gazprom”, “Lukoil”, “Sberbank of Russia” dan lain-lain. Satu indeks dikira dalam Dolar, bukan Rubles. Indeks disusun oleh RTS Stock Exchange, iaitu bahagian Exchange Moscow. Walaupun nilai ambang minimum untuk perdagangan niaga hadapan RTS ialah 15,000 Rubles, pakar-pakar berpengalaman menasihati untuk memulakan dagangan dengan sekurang-kurangnya $ 2,000.

Kontrak niaga hadapan ialah salah satu instrumen paling berjaya dalam pasaran kewangan dan jika digunakan dengan betul mereka boleh membuat keuntungan yang sangat besar kepada kedua-dua peniaga individu dan organisasi besar. Sebaik sahaja seorang peniaga memahami konsep mekanisme bekerja dengan niaga hadapan, dia akan memahami mekanisme-mekanisme rahsia pasaran hadapan dan boleh mengaplikasikan pengetahuan ini.