mt4-charts-settings-1

Bekerja dengan Carta MT4 – Bahagian 1. Tetapkan Ruang Kerja Trade Mengikut Cara Sendiri

Sekiranya anda pernah menggunakan MetaTrader 4, anda akan perasan tetingkap carta diisi bahagian utama ruang kerja. Carta adalah salah satu dari alat analisis di Forex. Anda tidak akan boleh membuat analisis penuh pergerakan harga tanpanya.

Secara default, carta ditunjukkan dalam bentuk standard. Tetapi setiap orang melihat maklumat dengan cara sendiri. Sesetengah menyukai tema yang cerah, yang lain sebaliknya – teks cerah pada latar belakang gelap.

black-on-white

green-on-black

Pembangun MetaTrader 4 mengambil kira dan membenarkan trader mengubah carta mengikut cita rasa sendiri. Pengguna terminal boleh mengubah carta secara individu: tukar warna tema pada carta dan elemen-elemen individunya, menunjukkan pergerakan carta dalam bentuk bar, candlestick dan garisan (line).

Hari ini kita akan berbincang bagaimana menetapkan carta supaya dapat menerima maklumat dengan lebih baik.

Bagaimana Menetapkan Carta MT4?

Apabila anda mula-mula membuka platform trading, anda akan melihat carta yang diubah mengikut default. Tetapi ia akan berubah denga mudahnya. Buka tetingkap carta properties. Anda boleh lakukan dalam beberapa cara:

  • Via menu:
  • via menu

  • Right-click pada chart:
  • Right-click pada chart

  • Using F8.

Anda buka tetingkap carta properties melalui sebarang cara yang tersenarai di atas.

carta properties

Tukar Warna Tema pada Carta

Anda boleh melihat nilai-nilai berikut di tetingkap chart properties pada tab “Warna”:

  • Background – pilih warna latar belakang.
  • Foreground – determine the color of price levels or date.#tetapkan warna level harga atau tarikh.
  • Grid – tetapkan warna grid.
  • Bar up – tentukan warna bayang dan pinggiran badan Candle Bull.
  • Bar down – tentukan warna bayang dan pinggiran badan Candle Bear.
  • Bull candle – pilih warna badan untuk Candle Bull.
  • Bear candle – pilih warna badan untuk Candle Bear.
  • Line – tetapkan warna garisan carta.
  • Volumes – tentukan warna volume dan level untuk posisi buka.
  • Ask line – tentukan warna garis Ask.
  • Stop Levels – tentukan warna stop level.

Anda boleh memilih warna dengan klik pada ikon dropdown. Senarai dengan warna yang telah ditetapkan akan di buka.

memilih warna

Anda juga boleh memilih warna dari palet dan menyimpannya. Untuk mencipta warna sendiri, klik “Custom”. Pilih warna dan klik pada “Add to custom colors”.

mencipta warna sendiri

Tambahan lagi, ada 3 skema warna standard di MT4: kuning dan hitam, hijau dan hitam, hitam dan putih.

skema warna

Sekiranya ada berkeputusan untuk tidak menukar warna sekma dan ingin pulang semula ke tetapan asal, klik “Reset”.

Kami mempertimbangkan tab “Colors”, tetapi terdapat tab lain dalam tetingkap chart properties. Tab ini dipanggil “Common”. Apakah ianya dan kenapa ia diperlukan?

Tetapan Carta Tambahan

Pada tab “Common” anda boleh menetapkan tetapan tambahan.

tab common

Mari kita lihat maksud bagi nilai-nilai berikut:

  1. Offline chart – chart update sekarang berhenti, tukar kepada offline.
  2. Chart on foreground – tempatkan carta “in the foreground”, iaitu di atas instrument analisis. Semua objek analisis diletakkan di bawah carta harga.
  3. Chart shift – tukarkan carta dari tetingkap sempadan kanan. Carta ini boleh digerakkan dengan klik pada segitiga kelabu di tetingkap bahagian kanan.
  4. chartshift

  5. Chart autoscroll – benarkan scroll carta secara automatik. Anda boleh scroll carta secara manual dengan menggerakkan roda tetikus atau dengan gunakan papan kekunci. Anda juga boleh mengambil carta dan menggerakkan ke kiri dan kana. Sekiranya anda ingin proses ini secara automatik, tandakan pada kotak “Chart autoscroll” dan carta akan digerakkan secara automatik apabila muncul quote baru.
  6. Scale fix One to One – set skala menjadi “one to one” (satu pip pada paksi menegak adalah sama dengan satu bar pada paksi mendatar). Pilihan “Scale fix” akan di benarkan secara automatik. Muncul scroll bar.
  7. set skala menjadi one to one

    Carta di skala kan secara mendatar dan menegak – pada skala quote dan masa. Apabila anda skalakan secara mendatar, carta akan di zoom ke dalam/keluar, apabila anda skalakan secara menegak, carta akan di mampatkan/dibesarkan.

    Anda boleh menskalakan carta:

    • melalui toolbar:
    • melalui toolbar

    • via menu “Charts”;
    • via menu charts

    • via menu konteks;
    • gunakan “+” dan “-“;
    • klik kiri pada garisan mendatar dan gerakkan cursor.
    • skalakan secara mendatar

      Untuk menskalakan, klik kiri pada skala kuota dan gerakkan cursor.

      skalakan secara menegak

      Untuk kembali ke skala asal, klik dua kali pada paksi menegak.

  8. Scale fix – memperbaiki skala terkini. Field untuk skala parameter tambahan “Fixed maximum” dan “Fixed minimum” telah diaktifkan. Anda boleh menentukan nilai-nilai tertentu disini.
  9. memperbaiki skala terkini

  10. Bars/Candlesticks/Line – carta terkini dalam bentuk bars/candlesticks/lines.
  11. bars

    candlesticks

    lines

    Anda boleh menukar paparan harga dalam pelbagai cara:

    Method 1: Dalam toolbar

    dalam toolbar

    Method 2: Dalam tab “Charts”

    dalam tab charts

  12. Show OHLC – papar/sembunyi bar maklumat iaitu harga High dan Low, juga harga Open dan Close.
  13. papar/sembunyi ohlc

  14. Show Ask line – paparan level harga Ask.
  15. paparan level harga Ask

  16. Show period separators – lukis garisan menegak yang akan bertindak balas pada sempadan ruang waktu. Contohnya, pemisah harian di cipta untuk carta dengan jangka masa H1, pemisah mingguan – untuk H4.
  17. Show grid – papar grid pada carta.
  18. Show volumes – papar jumlah transaksi di bawah carta. Jadi, anda akan melihat bilangan transaksi di buat pada masa-masa tertentu. Jumlah pada carta ini di paparkan sebagai histogram. Lebih besar bilangan transaksi, lebih panjang kolum itu.
  19. papar jumlah transaksi

  20. Show object descriptions – papar penerangan objek pada carta.

Tanda atau buang tanda pada ruang diperlukan, dan klik “OK”. Sekarang, semua perubahan dipaparkan pada carta. Nantikan blog update kami dan jangan lepaskan peluang membaca artikel akan datang. Kami akan bercakap mengenai bagaimana untuk simpan semua tetapan ke dalam template dan bagaimana menggunakannya.

Anggaran artikel: 1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5.00 out of 5)
 

Langgan surat berita kami!

Dapatkan e-buku "Building Blocks for sucсeeding with Forex Trading" dan pemberitahuan tentang berita terkini sebanyak sekali, seminggu

 

Send this to friend