nature-laptop-outside-macbook-large2-min

Bagaimana untuk memasang MetaTrader 4 di peranti yang berbeza

Pasang MetaTrader 4 pada Windows
Bolehkah memasang MT4 di Linux?
Pasang MetaTrader 4 di Mac OS
MT4 di Android
Pasang MetaTrader 4 di iOS
Apa yang perlu dibuat jika anda tidak boleh memasang MetaTrader?

MetaTrader 4 adalah platform yg dibangunkan oleh syarikat Metaquotes, mereka adalah peneraju utama di kalangan platform dagangan tukaran mata wang asing. Ia mempunyai banyak cirri-ciri dan alatan, juga ianya mudah digunakan. Tambahan pula, program sentiasa dikemaskini dan diperbaiki.

Jika anda mahu berdagang dengannya, pasang MetaTrader 4 pada komputer anda,alat komputer riba atau “pembantu”: telefon pintar, tablet.

Dan sebelum itu, mari kita lihat apakah keperluan minima untuk memasang aplikasi Metatrader 4 ini untuk ianya beroperasi dengan lancar.

Pemasangan MetaTrader 4 pada PC dan laptop

Pasang MetaTrader 4 pada Windows

MetaTrader 4 telah direkabentuk khas untuk Windows. Keperluan sistem untuk pemasangan adalah seperti yang berikut:

• versi Windows XP dan lebih tinggi.
• RAM: terminal MT4 adalah program yg cekap dan dapat digunakan oleh banyak pengguna pada satu-satu masa dan menggunakan hanya sedikit memori RAM.

Mari kita lihat berapakah kadar memori yg digunakan oleh beberapa terminal MT4. Katakan anda membuka tiga buah terminal, membuka dan menutup beberapa arahan. Dalam 30 minit selepas itu, sila buka Windows Task Manager dengan klik butang ctrl + shift + esc , dan sila lihat berapa memory RAM operasi terminal yg digunakan

task manager windows

Jumlahkan nilai-nilai memory RAM untuk tiga buah terminal. Keputusan adalah RAM diperlukan untuk platform MT4. Sebagai contoh boleh dilihat dari gambar di atas, malah beberapa terminal juga menggunakan memory RAM yg minimum.

Cara–cara untuk memasang MT4 pada komputer

MT4 dan Windows 10


Sebelum ini, masalah berkenaan dengan ketidaksesuaian platform MT4 dan versi Windows 10 telah hangat diperkatakan di kebanyakkan forum. Pihak pembangun aplikasi telah membuat pembetulan kepada permasalah yg diperkatakan dan bermula dari versi 840, anda boleh memasang Metatrader 4 dan menggunakannya dengan mudah.

Bolehkah memasang MT4 di Linux?

Metaquotes tidak membangunkan satu versi platform khas untuk Linux dan Mac OS. Untuk memasang MetaTrader 4 di Linux anda perlu untuk mempunyai satu versi sistem pengendalian Ubuntu dan Wine, satu perisian pemasangan program-program Windows. Program ini ada di dalam domain awam dan boleh dimuat turun secara percuma. Kekurangan utama Wine adalah ianya produk yang tidak cukup stabil dan kadang-kadang ada masalah “bugs”.

Bolehkah Pasang MetaTrader 4 di Linux

Salah satu langkah untuk pemasangan MT4 di Linux Ubuntu OS boleh dijumpai pada laman web yg berkenaan.

Pasang MetaTrader 4 di Mac OS

Mac OS memerlukan PlayOnMac, perisian pemasangan program khas. Ia boleh dimuat turun dengan percuma dilaman web yg sama nama dengannya. Dalam hal penggunaan Linux pula, ia tidak menjamin fungsi yg sempurna pada semua fungsi-fungsi MetaTrader.

Pasang MetaTrader 4 di Mac OS

Bagaimana untuk memasang platform MT4 di MacBook anda, lihat arahan pembangun aplikasi.

Pemasangan MT4 di telefon pintar dan tablet

MT4 di Android

Untuk memasang MT4 di peranti Android OS, versi Android 4.0 dan ke atas diperlukan. Anda boleh muat turun platform dari PlayMarket. MT4 Application untuk Android, memerlukan 4.2 MB ruang bebas di telefon anda.

playmarket-metatrader-4

MetaTrader 4 Android – bagaimana untuk memasang platform trading dengan hanya beberapa klik

Pasang MetaTrader 4 di iOS

Platform MT4 boleh dimuatturun di peranti-peranti Apple dengan versi iOS 7.0 atau lebih tinggi. Terminal MT4 serasi dengan iPhone, iPad dan iPod touch. Platform boleh dimuat turun dari App Store. Penggunaan MT4 untuk iOS memerlukan 12.5 MB ruang bebas di telefon anda. Arahan akan muncul dalam pos berikutnya.

app-store-metatrader

Bagaimana cara pemasangan MetaTrader 4 untuk iOS?

Sejak platform-platform iOS dan Android mula digunakan, ianya telah mengawal sebahagian dari pasaran utama (98,4% dalam suku IV 2015 menurut penyelidikan syarikat Gartner), Metaquotes telah enggan untuk membangunkan MetaTrader untuk OS mudah alih yg lain. Lantarannya pemilik telefon dengan Windows atau Blackberry OS tidak akan dapat menggunakan terminal dari peranti-peranti mereka.

Apa yang perlu dibuat jika anda tidak boleh memasang MetaTrader?

Jika atas sebab tertentu anda tidak dapat menggunakan Terminal MT4, anda juga boleh menggunakan Web Platform. Web Platform berfungsi sebagai aplikasi alternatif, dan boleh digunakan dari sebarang enjin carian (browser) mahupun sebarang OS. Anda tidak perlu pasang apa apa aplikasi, Cuma ikut pautan yg diberi dan login ID serta Password akaun anda. Versi web MetaTrader 4 membenarkan anda melakukan operasi penuh di Forex. Web Platform dan computer desktop anda telah “sync” (penyelarasan), dan segala transaksi dapat diperhatikan melalui Web browser sahaja.

Terminal MT4 Web Platform

Jangan lupa yang perkara paling penting semasa kerja dari mana-mana alat adalah sambungan Internet dan elektrik yg stabil! Untuk mengelakkan sebarang gangguan, anda hendaklah memasang unit bekalan kuasa tanpa gangguan untuk komputer peribadi anda serta memilih penyedia Internet yg bagus dan tiada masalah talian.

Anggaran artikel: 1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
 

Langgan surat berita kami!

Dapatkan e-buku "Building Blocks for sucсeeding with Forex Trading" dan pemberitahuan tentang berita terkini sebanyak sekali, seminggu

 

Send this to friend