cupcakes

Bagaimana cara untuk memilih broker Forex, bukan peniaga

  1. Broker dalam talian
  2. Bagaimana untuk mengenal pasti penipuan
  3. Rating broker Forex
  4. Maklumat tentang broker
  5. Lesen broker Forex
  6. Platform perdagangan
  7. Akaun demo
  8. Sokongan
  9. Syarat-syarat perdagangan
  10. Jenis-jenis broker Forex

Pedagang dan broker adalah pasangan yang tidak boleh dipisahkan di dalam Forex. Mustahil untuk memperoleh hasil yang baik tanpa broker yang jujur. Kebanyakan rating broker tidak memberikan pandangan yang jelas mengenai perkara ini. Jadi bagaimana cara untuk membuat keputusan yang menggembirakan?

Choosing of Broker

Broker dalam talian

Laman web broker adalah cara untuk menggambarkan diri mereka dalam cara yang paling baik. Oleh sebab itu, laman web tersebut haruslah memuatkan halaman dengan laju dan menyediakan semua maklumat yang diperlukan.

Cuba laman web pada masa yang berbeza dalam hari yang sama: terutama sekali pada waktu puncak perdagangan. Perhatikan berapa pantas laman web dimuatkan dan semak sekiranya terdapat masalah untuk menghubungi sokongan.

Jika rekaan laman web kelihatan lama atau tidak dikemaskini, mungkin ia tidak berapa baik. Iklan seperti Google Adwords yang banyak juga adalah petanda yang tidak baik. Jika broker ini berjaya, mengapa dia menggunakan iklan orang lain untuk mendapatkan keuntungan?

brokers-site

Bagaimana untuk mengenal pasti penipuan

Jika anda telah diberikan gambaran keseluruhan mengenai broker Forex dan menemui beberapa broker yang kelihatan boleh dipercayai, anda harus mencari maklumat mengenainya. Gunakan Twitter, Facebook, pelbagai blog dan forum – mana-mana laman web di mana syarikat itu disebut.

Jika anda ingin tahu sama ada syarikat tertentu itu adalah penipu, cari namanya menggunakan Google dan tambah perkataan “penipuan”, “fraud” atau “menipu”. Sila berhati-hati, persaingan pasaran adalah begitu tinggi sehinggakan para pesaing memburuk-burukkan broker-broker yang jujur. Nota: jika seorang daripada seratus orang mengatakan yang syarikat ini adalah penipu, itu adalah ejen PR. Jika 50 orang daripada 100 orang mendakwa ia fraud, itu benar.

Tip berguna: jangan percayakan broker yang menukar nama syarikatnya berkali-kali.

Rating broker Forex

Jika anda menyasarkan rating broker, sila berhati-hati. Lebih baik anda menyemak beberapa sumber: jika anda fokus pada satu laman web, anda boleh diperdaya dengan mudah oleh ulasan dan rating palsu. Rating tidak seharusnya menjadi satu-satunya sebab untuk memilih broker Forex.

Maklumat tentang broker

Pedagang baru perlu membezakan maklumat yang penting dan mengelirukan.

Apa yang PERLU diberi perhatian:

  1. Perkara yang berkaitan dengan wang. Bagaimana untuk membuat pengeluaran dan deposit dana, apakah sistem pembayaran yang digunakan oleh broker, apakah yuran yang ditawarkan.
  2. Organisasi yang mengawal selia broker. Di negara mana ia beroperasi, kewujudan syarikat di dalam pangkalan data pengawal selia, status lesen syarikat.
  3. Usia syarikat. Kadang-kadang syarikat yang tidak berprinsip beroperasi selama bertahun-tahun, tetapi 90% kes syarikat yang lama membawa maksud perkhidmatan yang diberikan adalah berkualiti.
  4. Ciri-ciri teknikal. Platform perdagangan, back office anda dan kaedah komunikasi dengan sokongan mestilah sentiasa tersedia dan mudah digunakan.

Apa yang TIDAK PERLU diberi perhatian:

  1. Kempen pengiklanan yang meluas dalam rangkaian sosial. Ia mengesahkan yang sesebuah syarikat mempunyai bajet pengiklanan yang besar, tetapi tidak selalu membawa makna yang broker itu jujur.
  2. Anugerah, diploma, sijil yang banyak. Jangan selalu menyebut tentang kualiti broker. Sebuah syarikat yang berjaya tidak perlu menunjuk-nunjuk – klien tahu semua mengenai kerjanya.
  3. Program latihan. Ini bukanlah petunjuk broker yang tidak baik, tetapi janji-janji untuk belajar berdagang Forex dalam masa seminggu adalah seperti mengarut.
  4. Rating broker Forex, mengetahui beberapa rating broker-broker terkemuka. Seperti yang telah dinyatakan, rating broker Forex tidak akan membantu anda membuat pilihan yang tepat.


how-choose-broker

Lesen broker Forex

Syarat mandatori semasa memilih broker adalah pemilikan lesen. Jangan ambil kira broker yang tidak mempunyai lesen, walaupun ia terdapat dalam rating terbaik broker Forex. Syarikat itu mesti berdaftar di dalam negara dengan pengawal selia. Organisasi tersebut selalunya menyediakan pangkalan data broker: anda masukkan nama syarikat dan dapatkan maklumat mengenainya. Jika syarikat itu tidak mempunyai masalah dengan lesen, statusnya adalah “aktif”.

forex-regulators

Mengapa broker dengan lesen dari agensi pengawal selia adalah lebih baik? Broker yang dikawal selia menyediakan laporan bulanan, membuat audit tahunan, dan memenuhi syarat-syarat saiz modal.

Platform perdagangan

Perisian yang boleh dipercayai dan berprestasi tinggi adalah sangat penting kepada pedagang yang membuka banyak lot order dalam masa yang singkat. Selalunya mereka menggunakan strategi berikut:

  1. scalping;
  2. perdagangan algoritma;
  3. perdagangan berita;
  4. copy trading (meniru isyarat perdagangan pedagang lain).

Pedagang yang santai dan konservatif yang tidak memantau Forex setiap masa akan jadi lebih fleksibel.

Bergantung kepada pilihan individu pedagang, terdapat beberapa jenis platform yang berbeza: aplikasi yang dipasang dalam komputer atau versi web. Ia adalah satu kelebihan yang penting jika platform itu boleh didapati dalam versi mudah alih.

Untuk mengetahui bagaimana perisian itu beroperasi, gunakan akaun demo.

Akaun demo

Akaun demo memberi peluang untuk berdagang dalam situasi yang hampir sama dengan yang sebenar. Pedagang menggunakan perisian broker dan syarat-syarat perdagangan, tetapi tidak melabur menggunakan wang sebenar.

Selalunya setelah mencuba melaksanakan order dalam akaun demo, para pedagang akan mengadu yang akaun sebenar adalah tidak begitu bagus. Tiada apa muslihat di situ, order dalam akaun demo tidak diletakkan dalam pasaran antara bank, jadi ia satu pelaksanaan yang baik dan secara praktikalnya tiada gelinciran/kemerosotan. Hasilnya, akaun demo adalah cara yang terbaik untuk mempelajari platform, menilai syarat-syarat perdagangan broker dan menguji strategi. Tetapi ia masih jauh dari Forex sebenar. Oleh itu, kekal lama dalam akaun demo adalah satu risiko.

Sokongan

Sokongan broker seharusnya membantu anda mencapai kejayaan.

Sokongan 24/7 adalah satu ciri broker yang boleh dipercayai. Jangan teragak-agak untuk menggunakan sokongan, terutama sekali apabila anda baru sahaja berdagang dengan mereka.

Tip: broker anda seharusnya mempunyai sokongan dalam bahasa anda. Dalam keadaan ‘force majeure’, sukar untuk menjelaskan dalam bahasa Inggeris yang teruk kepada sokongan bahawa order itu tidak dapat dilaksanakan kerana platform anda tersangkut (hang).

Syarat-syarat perdagangan

Apa yang berbaloi untuk dipertimbangkan:

Saiz spread. Terdapat dua jenis broker, ada yang berdagang dengan spread tetap, dan yang lain – dengan apungan. Pada spread tetap, perbezaan antara harga tawaran dan permintaan akan ditentukan oleh broker, bukannya pasaran. Dalam kes ini, spread tidak lagi bergantung dengan pasaran, dan perdagangan itu adalah falasi.

Spread terapung menggambarkan situasi pasaran sebenar. Ia boleh berkembang dengan siaran berita ekonomi yang kukuh, semasa penutupan/pembukaan sesi perdagangan, dan semasa pasaran melalui hujung minggu, jurang mungkin terbentuk. Berdagang dengan spread terapung pada waktu tersebut adalah lebih berisiko, tetapi inilah pasaran sebenar.

Pasangan mata wang. Anda perlu tahu apakah pasangan mata wang yang disediakan. Banyak syarikat yang menawarkan perdagangan dengan pasangan standard, tetapi broker yang menawarkan pasangan eksotik adalah sukar untuk ditemui.

Syarat-Syarat Minimum. Ini mungkin berbeza mengikut broker, jadi anda perlu mencari seorang broker yang memenuhi bajet anda.

Bonus. Bonus boleh menjadi tambahan yang baik kepada deposit. Tetapi pakej bonus yang terlalu besar seharusnya membimbangkan, mungkin syarikat ini tidak mempunyai perkara lain untuk menarik pelanggan.

Leverage. Leverage yang tinggi boleh membawa bahaya kerana ia boleh memusnahkan akaun anda dengan hanya satu perdagangan. Broker Amerika Syarikat menawarkan 1:25, tetapi syarikat dari negara-negara lain boleh memberi anda lebih banyak lagi. Penting untuk anda boleh melaraskan saiz leverage di akaun sendiri.

conditions-trading

Jenis-jenis broker Forex

Senarai broker Forex boleh dibahagikan kepada dua kategori utama:

  • DD (Dealing Desk)
  • Broker NDD (Non-Dealing Desk)

Kategori pertama merangkumi pusat urus niaga atau Dealing Desks. Di internet, anda juga boleh menemui konsep “pembuat-pasaran” dan “dapur” dalam erti kata ini. Syarikat-syarikat tersebut adalah pada bahagian bertentangan dengan order kliennya, kerana ia tidak mewakili kemasukan ke dalam pasaran antara bank. Iaitu, kerugian klien memberi keuntungan kepada syarikat. Broker-DD dicirikan oleh spread tetap.

Kelemahan pusat urus niaga adalah dalam manipulasi sebut harga untuk kepentingan mereka sendiri melalui kawalan harga dan maklumat mengenai order klien.

Broker NDD membenarkan klien berdagang dengan pembekal kecairan (contohnya, bank komersial yang besar). Dalam kes ini, broker tidak mengubah harga di dalam pasaran. Broker NDD mendapat keuntungan melalui komisen atau spread.

types-of-brokers

Maklumat adalah senjata utama anda dalam melawan broker yang tidak jujur. Semakin banyak yang anda pelajari tentang kaedah mereka, semakin mudah untuk anda melindungi diri sendiri. Walaupun jika wujud masalah dengan broker anda, teruskan. Jangan biarkan sebarang rintangan dan kesilapan menghalang karier Forex anda yang cemerlang.

Anggaran artikel: 1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5.00 out of 5)
 

Langgan surat berita kami!

Dapatkan e-buku "Building Blocks for sucсeeding with Forex Trading" dan pemberitahuan tentang berita terkini sebanyak sekali, seminggu

 

Send this to friend