Apakah zon waktu MT4 dan jam apakah untuk diperiksa

Forex bekerja selama 24 jam dan tiada lokasi yang tetap. Trader dari seluruh dunia berdagang disini. Mereka tingal pada zon waktu yang berbeza. Apabila ianya 21:00 di London, NewYork – 16:00. Timbul persoalan: Apakah waktu yang ditayangkan di terminal dan apakah zon waktu MT4 sebenarnya?

Waktu ini tidak bergantung kepada jam dinding. Waktu di platform trading di tetapkan oleh broker yang menyediakan terminal kepada pelanggan. Setiap syarikat broker menetapkan waktu berdasarkan GMT. Boleh jadi GMT+1 atau sebagai contoh, GMT+2. Sesetengah broker bekerja di Waktu Timur Eropah (EET) dan mengubahkan waktu kepada satu jam lebih cepat pada musim panas dan satu jam kebelakang pada musim luruh. Waktu dalam terminal berubah secara automatik dengan perubahan jam.

perubahan jam

Kedua-dua sesi trading dan transaksi adalah dibuka/ditutup, dan sejarah trading di tayangkan berdasarkan waktu di terminal. Untuk menentukan waktu pasaran dibuka pada zon waktu anda, bandingkan waktu di MT4 pada waktu tempatan anda, kerana ia berkemungkinan tidak sama.

Bagaimana untuk mengetahui waktu di MT4? Waktunya di tayangkan di tetingkap “Market Watch”. Anda tidak boleh menukar waktu di MT4.

waktu di MT4