Apa itu Bitcoin dan bagaimana menggunakan ia untuk berdagang?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Bitcoin (BTC) semakin terkenal di seluruh dunia. Mata wang ini telah digunakan sebagai medium pembayaran untuk membeli barangan dan perkhidmatan, malah juga sebagai pendapatan tambahan. Maka, persoalannya di sini – apa itu Bitcoin?

Apa itu bitcoin

BTC adalah mata wang digital, sejenis sistem pembayaran baru – yang memiliki tahap perlindungan dan penyulitan dalam operasi berkaitan, yang sangat tinggi. Sistem pembayaran baru ini adalah sebuah inovatif bagi wang tunai dalam bentuk kod digital.

Bitcoin adalah mata wang tanpa nama, maka ia tidak dikawal selia oleh mana-mana kerajaan mahupun bank pusat. Oleh sebab itu, BTC diklasifikasikan sebagai sebuah sistem pembayaran tidak berpusat.

Idea asas bagi penerajuan Bitcoin ini adalah untuk mewujudkan sebuah mata wang yang tidak bergantung pada sebarang keputusan bank pusat, keadaan politik di sesebuah negara, kitaran ekonomi, perubahan harga minyak, dan sebagainya.

Cryptocurrency utama dan permodalannya

Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai mata wang digital lain, selain daripada Bitcoin, yang hadir dengan fungsi penyulitan (cryptocurrencies). Namun, BTC berjaya mengekalkan takhtanya sebagai sebuah cryptocurrency yang paling selamat dan luas digunakan di seluruh dunia. Akaun permodalan Bitcoin mencecah lebih daripada 8 bilion dolar.

Nama
Jumlah
Bitcoin
8099
Litecoin
257
Nxt
51
Ripple42
DarkCoin
31
Peercoin30
BitShares X
27
Dogecoin21
Namecoin17
MadeSafeCoin16

Syarikat usaha niaga dan para pelabur telah melabur sejumlah besar wang dalam pembangunan cryptocurrency ini. Sejak beberapa tahun lepas, pelaburan dalam industri permulaan ini telah mencapai lebih daripada 1 bilion dolar. Antara pelaburan yang paling berjaya, adalah seperti di bawah:

  • Pada tahun 2014, Marc Andreessen, pengasas bersama bagi Netscape, Facebook dan pemegang saham eBay, telah melaburkan sejumlah besar dana dalam pembangunan dompet Bitcoin, seperti Coinbase, 21 Inc, dan syarikat TradeBlock. Pada ketika itu, pelaburan beliau dalam cryptocurrency telah melebihi jumlah 100 juta USD.
  • Adam Back, pengasas permulaan bagi Blockstream, telah menarik lebih daripada 75 juta dolar dalam jangka masa yang singkat. Reid Hoffman, pengasas bersama LinkedIn yang berpengaruh (NYSE: #LNKD), secara peribadinya telah melabur dalam projek tersebut dengan jumlah sehingga 21 juta USD.
  • Kini, Bitcoin boleh didapati di Afrika. Salah satu projek yang paling terkenal, dengan ibu pejabat yang terletak di Kenya adalah BitPesa. Pembentukan permulaan ini membenarkan anda memindah dan menukarkan Bitcoin kepada mata wang Afrika tempatan. Komisen pula tidak melebihi 3%. Pada musim sejuk 2015, projek BitPesa ini telah menarik lebih daripada 1 juta USD. Pelabur utama adalah syarikat Pantera Capital.
  • Selain itu, satu lagi projek lain yang terkenal adalah BTCJam. BTCJam adalah sebuah perkhidmatan pinjaman, yang berlandaskan prinsip P2P dan teknologi cryptocurrency. Sepanjang tahun 2014, pelaburan dalam projek BTCJam mencecah lebih daripada 1.2 juta USD.

Buat pengguna biasa, Bitcoin adalah sebuah dompet pembayaran elektronik, yang serupa dengan sistem pembayaran lain seperti Webmoney. Semua bentuk transaksi yang dijalankan juga adalah sama. Pengguna Bitcoin bebas untuk membayar sebarang barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan Bitcoin, jika pihak yang menerima pembayaran menerima cara pembayaran melalui sistem ini.

Apakah syarikat yang menggunakan mata wang Bitcoin?

Kini, semakin banyak syarikat-syarikat besar mula menggunakan mata wang Bitcoin dalam urus niaga mereka. Antara 10 syarikat paling popular di seluruh dunia, yang menerima pembayaran dalam bentuk cryptocurrency untuk produk dan perkhidmatan mereka, adalah seperti berikut:

wordpress-bg-medblueWordPress.com – sebuah perkhidmatan yang terkenal bagi blog dalam talian dan penciptaan laman web;
microsoftMicrosoft – pengguna boleh melakukan pembelian dengan menggunakan Bitcoin di mana-mana kedai dalam talian syarikat tersebut;
wikipediaWikipedia – ensiklopedia dalam talian yang percuma, dengan lebih daripada 4.5 juta artikel;
dellDell – syarikat perbadanan Amerika Syarikat, sebuah nama besar dalam bidang teknologi komputer;
steam_logoSteam – syarikat perkhidmatan bagi organisasi Valve, pengeluar permainan video, yang menyediakan perkhidmatan pengedaran digital;
tesla-motors-symbolTesla – Syarikat Automobil Amerika Syarikat, yang terlibat dalam pengeluaran kereta-kereta elektrik;
bloombergBloomberg.com – sebuah peneraju terkemuka bagi pembekalan maklumat untuk peserta pasaran kewangan;
logothdThe Home Depot – syarikat perbadanan Amerika Syarikat, peruncit terbesar yang menjual alat-alatan pembaikan dan bahan-bahan binaan. Permodalan syarikat mencecah lebih daripada 155 bilion dolar;
rakuten-logo-globalRakuten – sebuah syarikat terbesar di Jepun, yang mahir dalam bidang dagangan dalam talian.
braintree-logoBraintree – sebuah perkhidmatan pembayaran buat barangan dan perkhidmatan yang terkenal.

Trading Bitcoin di Forex: ciri-ciri mata wang digital

Mengapa traders amat berminat dengan Bitcoin? Sesetengah broker turut menawarkan akaun Bitcoin. Jika kita menganalisis carta bagi beberapa tahun lepas, dapat dilihat bahawa Bitcoin ini memiliki aliran trend global berbentuk menaik. Oleh sebab itu, apabila seorang pedagang mengeluarkan pendapatannya, mereka mungkin boleh mendapat pelbagai manfaat. Pada masa yang sama, cryptocurrency ini juga bersifat amat tidak menentu, dan dalam pasaran pembetulan, pedagang membawa pelbagai risiko tambahan.

Keputusan perdagangan sejak tahun 2012
Keputusan perdagangan sejak tahun 2012

Baru-baru ini, kebanyakan broker-broker Forex, terutamanya syarikat JustForex, telah menyediakan kepada pelanggan-pelanggan mereka, instrumen perdagangan seperti dagangan BTC/USD. Anda kini boleh berdagang dengan akaun Bitcoin setiap hari, selama 7 hari seminggu. Kenyataannya, Bitcoin kini telah didagangkan dalam pelbagai bursa saham, maka harga bagi broker Forex mungkin berbeza-beza.

Keputusan perdagangan sejak tahun 2015
Keputusan perdagangan sejak tahun 2015

Mari kita bicara perihal mata perdagangan yang paling penting dalam Bitcoin. Sepertimana yang kita sedia maklum, cryptocurrency ini memiliki arah aliran trend berbentuk menaik (bullish) dalam jangka masa panjang. Bitcoin telah mencapai nilai maksimum pada tahun 2013, selepas terdapat pembetulan yang panjang. Sejak pertengahan tahun 2015, kadar pertukaran BTC/USD adalah dalam trend bertanda yang semakin menaik.

Apakah strategi yang boleh digunakan ketika berdagang dengan BTC/USD? Perdagangan berita adalah salah satu kaedah yang paling terkenal. Kaedah ini sedikit berbeza daripada perdagangan berita klasik, dan ia memiliki lebih sifat “kebendaan atau duniawi”. Sebagai contoh, pelbagai cubaan serangan penggodam, dan cubaan gangguan pertukaran, sering terjadi ketika Bitcoin didagangkan. BTC/USD pasti akan merosot dalam jangka masa pendek. Maka, terdapat peluang yang cerah bagi pedagang – untuk membuka sebuah posisi pendek, dengan potensi keuntungan yang cukup tinggi.

Atau mungkin juga situasi yang bertentangan: terdapat sebuah kenyataan berita yang mengatakan bahawa sebuah dana pelaburan yang besar, sedang dalam perancangan untuk melabur dalam Bitcoin (baru-baru ini, ia kerap kali terjadi). Seorang pedagang kini dengan mudah boleh memberi arahan untuk membeli bagi hari-hari yang berikutnya. Instrumen ini mempunyai ciri-ciri yang berikut: berita yang tersebar ke atas insiden ini akan menutup kerugian dengan lebih baik, dan dalam tempoh yang lebih lama.

Adalah perlu diingatkan sekali lagi bahawa – analisis teknikal nyata berfungsi dengan baik buat dagangan BTC/USD. Maka, kedua-dua kaedah analisis pasaran klasik, dan sistem perdagangan dengan nilai dagangan tertinggi boleh diguna pakai.

Berikut terdapat beberapa contoh:

Contoh pembentukan “Segi Tiga Menaik (Ascending Triangle)” dalam instrumen BTC/USD
the_double_top_formation

Contoh pembentukan “Bahagian Atas Berganda (Double Top)” dalam instrumen BTC/USD

Gap (lebih dikenali sebagai kenaikan atau penurunan harga yang tajam dalam carta perdagangan) mungkin boleh berlaku dalam dagangan BTC/USD. Hal ini berikutan kerana tahap kecairan dagangan ini adalah kurang daripada pasangan mata wang utama seperti: EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, dan sebagainya. Adalah penting juga untuk menyedari tentang instrumen ini tidak memiliki sifat penggredan yang besar dalam sesi perdagangan. Maka, trend akan muncul pada waktu siang dan malam. Lantas, trading boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Daripada keterangan di atas, dapat dikonklusikan di sini bahawa:

  • Bitcoin adalah instrumen dagangan yang sama – seperti mana-mana pasangan mata wang lain;
  • Kaedah analisis pasaran klasik berkesan dan memiliki peratusan urus niaga positif yang tinggi;
  • Perdagangan berita memiliki lebih sifat “kebendaan atau duniawi”;
  • Maka, insiden ini akan menutup kerugian dalam jangka masa yang panjang;
  • Bitcoin memiliki sifat turun naik yang kukuh. Gap mungkin kerap kali berlaku. Pedagang harus mengira risiko untuk lebih bertanggungjawab ketika membuka sesebuah posisi.