Kesan-kesan BREXIT – apakah pandangan majoriti yg boleh menyebabkannya berlaku? Akibat yang mungkin menyebabkan “perceraian” kedua-dua belah pihak

Berdasarkan pendapat sebulat suara pakar Brexit, tidak baik untuk kedua – dua pihak dalam jangka masa pendek ini. Mari kita cuba gabungkan penganalisis, komen daripada ahli ekonomi dan pembiaya kewangan, dan lihat apakah yg bakal menunggu Eropah dan UK:

23 Jun 2016, sejumlah 51.9% daripada pemilih telah mengundi untuk UK keluar dari Kesatuan Eropah (EU). Kejatuhan Pound Sterling British telah memecahkan satu rekod selama 30 tahun – harga pasangan matawang GBPUSD telah jatuh sebanyak 1780 pips (dari 1.50000 hingga 1.32300). Keputusan pungutan suara telah melekukkan kedudukan Euro – dalam pasangan mata wang EURUSD pula, matawang Eropah telah melemah sebanyak 510 pips (dari 1.14250 hingga 1.09150).

Kesan negatif BREXIT kepada Kesatuan Eropah dan UK

Ancaman kepada Great Britain

  • Gangguan hubungan perdagangan dengan negara-negara EU bahkan bukan itu sahaja, malahan negara – negara yang mendapat eksport dari British juga akan terkesan. Keperluan untuk mewujudkan satu bentuk hubungan dagangan yg baru adalah penting.
  • Tiada lagi pengaruh ketika membuat keputusan oleh negara strategik kesatuan Eropah.
  • Risiko kehilangan Scotland dan Ireland Utara yang ingin dijadikan sebagai struktur United Kingdom telah sebahagiannya didorong oleh keinginan untuk mempunyai keanggotaan UK dalam EU.
  • Meramalkan British mengalami kemelesetan ekonomi yang panjang, kejatuhan KDNK, penurunan peserta dalam pelaburan, penguncupan tahap gaji dan jumlah pengangguran akan meningkat.
  • Kejatuhan Pound Sterling dan semua alat yg berhubungkait dengannya, ketidakstabilan dalam perbankan dan sektor kewangan.
  • Ketakpastian mengenai status orang British yg tinggal dalam negara EU.

Ancaman kepada Kesatuan Eropah

  • Kemungkinan pembubaran Kesatuan Eropah. Buat kali pertama semasa kewujudan EU, negara anggota telah menyatakan satu tujuan tegas berkenaan pemisahan negara, dan ini bukanlah satu tanda yg baik. Great Britain boleh menjadi satu contoh bagi negeri-negeri lain yang mana tidak berpuas hati dengan Dasar Brussels (seperti Jerman) atau wilayah-wilayah yang mempersoalkan berkenaan hal penyekatan mempunyai asas sejarah seperti (Catalonia, Scotland). George Soros menganggap pemisahan British itu ialah permulaan kepada penghujungnya untuk Kesatuan secara keseluruhannya, dan mungkin melibatkan NATO.
  • Percanggahan yg semakin meluas di antara negara-negara anggota EU terhadap masalah dengan pendatang migran dan pembangunan ekonomi yg tidak sama dengan negara anggota apabila banyak negeri lebih kukuh terpaksa akur kepada negara yg kreditnya, lemah.
  • Kelembapan ekonomi, serta kemerosotan kadar Euro. Kemungkinan pengurangan dalam penarafan kredit negara-negara anggota.

Kesan-kesan Positif BREXIT kepada Kesatuan Eropah dan UK

Peluang kepada Great Britain

  • Satu peluang untuk mereka menjalankan dasar ekonomi luar negeri sendiri, termasuk berkenaan pelarian. Hasilnya – peningkatan tahap keselamatan dan lebih berkesan dalam mereka memerangi ancaman keganasan.
  • Motif-motif kewangan – pada 2015 yuran keahlian Great Britain ialah £13 bilion, dan pampasan – hanya £4.5 bilion. Perbezaan yg amat jelas kelihatan.
  • Satu peluang untuk meningkatkan lebih banyak hubungan-hubungan menguntungkan dengan negeri-negeri luar daripada EU.

Peluang kepada European Union

Tidak dapat dikenal pasti. Sememangnya, tiada sesiapa pun yg bercakap tentang akibat positif untuk Kesatuan Eropah.

Keadaan Great Britain adalah tidak menepati standard yang tiada sesiapa dapat memberikan ramalan yg tepat. Kita semua berharap agar senario suram yg berlaku, terlalu dibesar-besarkan. Walaupun beberapa kumpulan politik di Perancis, Jerman, Belanda dan beberapa negara menunjukkan niat untuk mengadakan satu pungutan suara yg serupa.

Walaupun amaran Soros yang pesimis, beliau meramalkan pengurangan dalam kos Pound untuk Dollar mencapai 15-20%, ia tidak mungkin berlaku. Malahan penurunan 3% telah memaksa pasaran menjadi gementar.

Wilbur Ross, sebaliknya, membeli Pound, dan beliau menitikberatkan bahawa pasaran memberi respons kepada satu pungutan suara secara emosi. Sebagai proses rundingan keluar adalah sangat panjang, kita seharusnya tidak meragui dalam penstabilan suatu kadar.