cent account

Akaun Sen – penyelamat pedagang baru

Anda tidak tahu cara untuk memulakan perdagangan sebenar dengan jumlah wang yang sedikit? Mudah sahaja – buka akaun sen dan mula berdagang dalam pasaran Forex dengan deposit yang rendah. Jika anda bosan untuk berlatih pada akaun demo dan tidak menerima apa-apa, sudah tiba masanya untuk mengetahui apakah itu akaun sen dan bagaimana cara untuk berdagang menggunakannya.

Apa itu akaun sen dan mengapa ia diperlukan?

Akaun sen Forex adalah satu akaun perdagangan di mana baki akaun dipaparkan dalam nilai sen, bukan dolar dan transaksi juga dijalankan dalam nilai sen. Jika anda membuat deposit sebanyak $20 dalam akaun, anda akan melihat baki sebanyak $2000 sen dalam terminal.

cents

Akaun sen memberi peluang untuk berlatih dalam perdagangan dengan wang sebenar. Risikonya adalah minimum, kerana jumlah keuntungan dan kerugian dikira dalam nilai sen. Dengan itu, risiko dikurangkan sebanyak 100 kali ($1 = ¢100).

Mari kita lihat satu contoh. Seorang pedagang menggunakan akaun sen untuk membuka perintah belian EUR/USD pada harga 1.0510 dengan jumlah 0.1 lot. Pedagang menjangkakan harga akan naik dan dia dapat menutup urus niaga dengan keuntungan. Tetapi harga mula jatuh, transaksi menjadi negatif, pedagang pun memutuskan untuk menutupnya. Pada waktu transaksi ditutup, harga EUR/USD adalah 1.0495, menurun sebanyak 15 pip. Disebabkan itu, pedagang tersebut kehilangan 15 sen. Jika pedagang tersebut membuka urus niaga yang sama, tetapi menggunakan akaun standard, kerugiannya adalah $15 dolar, bukan 15 sen. Dengan itu, kerugian akan 100 kali lebih besar.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang bagaimana cara untuk membuka transaksi, baca artikel “Bagaimana Cara Membuka Order – Membuat Market Order Pada Mt4”.

Mengapa broker menyediakan akaun sen? Dari segi kewangan, jelas sekali deposit dan transaksi dalam nilai sen adalah tidak menarik kepada broker. Tetapi dengan cara itulah broker dapat menarik lebih ramai klien. Pedagang baru yang menukar akaun demo kepada akaun sen merupakan klien yang berpotensi besar. Selepas perdagangan yang berjaya dalam akaun sen, pedagang akan bertukar kepada akaun standard untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan.

Jika anda ingin mengetahui maklumat mengenai terma-terma perdagangan dalam akaun sen atau akaun lain broker JustForex, pergi ke pautan ini: justforex.com/ms/trading-terms.

Kelebihan akaun sen

one Akaun sen membolehkan perdagangan sebenar dilakukan dalam pasaran Forex dengan kos yang minimum. Anda juga belajar cara untuk mengurus kewangan.

two Dalam akaun sen, anda dapat menjangkakan syarat-syarat dan ketulusan amalan broker.

three Anda boleh menggunakan strategi perdagangan atau menjangkakan prestasi indikator dan advisor dengan kos yang minimum.

Kekurangan akaun sen

one Rasa takut dengan kerugian akan hilang. Kerugian dalam akaun sen adalah sedikit, jadi kehilangan deposit adalah tidak menakutkan. Tetapi masih bercita-cita untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan berbanding kerugian walaupun dalam akaun sen.

two Disebabkan fakta akaun ini adalah dalam nilai sen, keuntungannya adalah kecil. Ramai pedagang berimpian untuk mendapat $1,000 dengan hanya mendepositkan akaun sebanyak $10. Tetapi terimalah kenyataan, ia hampir mustahil.

Berlatihlah dalam akaun sen, jana keuntungan sebenar pertama anda dan libatkan diri dalam Forex. Kumpulan JustForex mengucapkan semoga anda berjaya dalam perdagangan!

Anggaran artikel: 1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5.00 out of 5)
 

Langgan surat berita kami!

Dapatkan e-buku "Building Blocks for sucсeeding with Forex Trading" dan pemberitahuan tentang berita terkini sebanyak sekali, seminggu

 

Send this to friend